Dikau lah teman, Dikau lah Kejora  

Posted by Mohd Norsham

Seawal 6.00 pg aku dah bangun hari nie, solat subuh dan kemudiannya sambung study. Lepas je abis revision export, aku trus ngadap "lappy" kesayangan aku nie. ape lagi "online" la kan. pastu aku belek2 la folder yang aku simpan dalam "lappy" aku ni, nak cari artikel la konon2nya. belek punya belek, last2 aku jumpa folder yang bernama "nukilan shamz". aku buka dan baca semua nukilan hasil buah hati dan minda aku. so , nak kongsi satu nukilan ngan korang semua. have a read this. (sangat bermakna dalam hidup aku suatu ketika dulu) ,


Tajuk; Dikau lah teman, Dikaulah kejora.


Mulanya...

Ku kenali diri mu sebagai teman
Dirimu bercahaya bak sinaran mentari
Memberi cahaya pada diriku
Membawa seribu makna erti tentang persahabatan
Menjadikan aku lebih selesa dan merasa bangga

Ya!! engkau lah teman

Selepasnya....
Kau berdiri di sebelah diriku
Memberi dorongan dan segala pertolongan
Curahan kasih dan juga penjagaan
Untuk mewarna sebahagian kehidupan ku
Untuk memberi segala yang ku tiada

Ya!! engkau lah teman

Hari ini ....
Kau telah ku kenali
Membawa bersama seribu kenangan
Dengan keihklasan bersatu dihati
Penuh kemesraan dan berpaut sokongan
Ku tak akan lupa diri mu lagi
Dan ku tak sanggup kehilangan diri mu
Dikau lah teman, Dikau lah kejora

Teman…

Tiada apa nak ku lafazkan lagi
Hanya kepercayaan ku pada diri mu
Ku gembira dan bertambah bangga
Diri mu sentiasa di hati
Hingga akhir hayat ku ini

Terima kasih.... Kerana sudi menjadi teman ku Terima kasih ... Kerana memberi harapan pada diri ku Terima kasih.... Untuk segala-galanya Terima kasih .... Kak lina, Syafali & Adam Semoga Allah memelihara diri mu Harapan ku... Agar persahabatan kita berpanjangan Dan tiada penghujungnya..

Khas buat Kak Lina, Syafali & Adam
Mohd Norshamz
8 Oktober 2005
1:03:38 am
;-) - Gembira


**kak lina, syafali & adam ni adalah membe2 aku dan kami merupakan "idol stalker" suatu ketika dulu. skarang?..ntah la..tak tau..no komen..


This entry was posted on Tuesday, May 6, 2008 at 9:46 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment