Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Parti Mahasiswa Negara  

Posted by Mohd Norsham in , , ,

Mungkin ramai juga rakan mahasiswa di luar sana yang pernah mendengar PMN (Parti Mahasiswa Negara), tak kurang juga mereka yang langsung tidak tahu akan kewujudan Parti ini. Parti Mahasiswa Negara ini adalah sebuah parti yang bertanding di dalam PRU baru2 ini, dan sudah tentulah "founder", calon serta intipati Parti ini adalah dari golongan mahasiswa. Apakah motif sebenar penubuhan PMN? Gerakan macam mana yang dilakukan oleh PMN? Telus ke parti ini?. Macam2 persoalan yang dilontarkan. Dalam ruangan ini mari kita bersama2 membelek sikit demi sekit ape sebenarnya yang dikatakan PMN ini.

Parti mahasiswa ini ditubuhkan dengan berpegangkan kepada laungan kata " Mahasiswa bersama rakyat". Kenapa? sebelum ni mahasiswa tak bersama rakyat ke? Walau apa pon, "yes" mahasiswa bersama rakyat! Dalam PRU baru2 ini, dikatakan PMN telah menghantar beberapa calon untuk bertanding merebut kerusi Parlimen PO41 (cari sendiri ye kawasan mana tue), dan malangnya mereka kalah dan tidak mandapat undian yang tinggi dari Masyarakat. Mana tak nya, sedangkan mahasiswa sendiri pon ade yang membantah serta mengecam tindakan penubuhan PMN, mana mungkin nak dapat sambutan kan. Ape la yang difikirkan pemuda2 dan pemudi PMN ni kan. Masih bergelar mahasiswa, sudah merangkak dalam dunia lain pula. Mana pegi cita2 ? Mana pegi harapan? ..." Tepuk dada, tanya selera"...

Dari Varsiti Ke Lapangan Rakyat

Bermula dari sentimen kesedaran di kampus dan terus membawa gelombang semangat dan harapan untuk terus bersama menabur bakti. Dengan ini, mahasiswa keluar menyatakan hasrat demi melihat gagasan Malaysia yang baru dalam mendepani arus perdana dan globalisasi dunia. Justeru, Parti Mahasiswa Negara (PMN) sejak dari awal penubuhan telah bersiap siaga untuk menyertai pilihanraya pada kali ini demi menggalas tanggungjawab sebagai rakyat dan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang peka dalam masa yang sama sebagai golongan akademik/intelek yang prihatin kepada masyarakat di luar sana. Sudah tiba masanya, mahasiswa turun ke lapangan untuk melunaskan amanah menabur budi.
“Mahasiswa Bersama Rakyat”

Mahasiswa telah mendapat ilham! Kami sedia bertanding. Parlimen P041 menjadi pilihan bagi kami menyampaikan wadah kami kepada rakyat dan sebagai medan untuk kami menyatakan pandangan dan memberi sumbangsaran demi kebaikan dan kebajikan. Kami menggesa dan mencabar pertandingan satu lawan satu di Parlimen tesebut. Rentetan daripada semua program, gerak kerja dan persediaan diperingkat parti maka dengan ini sudah tiba masanya bagi kami untuk mengotakan janji. Kami PMN, begitu optimis dengan agenda perubahan atas nama kebenaran. Keadilan tetap kami perjuangkan. Justeru, kami juga menggesa sekalian parti-parti politik yang ada agar memberi laluan kepada kami (PMN) pada pilihanraya pada kali ini demi membuktikan peranan anak muda dan mahasiswa generasi baru Malaysia. Mahasiswa tonggak masa depan negara


**Parti Mahasiswa Negara (PMN) ini telah ditubuhkan selaras kebangkitan semangat gelombang pembaharuan dalam kepimpinan Malaysia. Walaubagaimana pon, wujud kecaman serta penindasan dari pihak mahasiswa seluruh malaysia ke atas penubuhan parti ini. Jika namanya mahasiswa, laksanakanlah tugas sebagai mahasiswa, bukan sebagai politicians. buka mata, buka minda. Mungkin ia suatu yang baik, tapi yang dipikir baik itu kadang2 ada ketidak relevanan nya.



"AUKU "...Penyelesaian atau Masalah?  

Posted by Mohd Norsham in , , , , ,

Bila sebut je pasal AUKU, mesti mahasiswa lah orang yang paling tau benar berkenaan AUKU dan isi kandungannya. Mahasiswa masa kini lebih bijak dan lebih "buka mata" berkenaan isu dan isi kandungan AUKU ini. Ada yang berpendapat bahawa AUKU ini sudah tidak releven dengan situasi masa kini, dan jalan terbaik ialah dengan meminda atau memansuhkan saja AUKU. Bagi aku sendiri sebagai seorang mahasiswa, memang dapat dilihat yang kewujudan AUKU zaman kini tidak lagi begitu releven bagi sesetengah isi kandungannya. Sebab Ape?. Sebab AUKU ni sendiri telah melenyapkan semangat pergerakan mahasiswa didalam mahupun diluar kampus. Sekaligus membataskan pergerakan mahasiswa zaman sekarang. Bukan ape, batas tetap batas kan, yang baik buat ape nak dibataskan lagi, cukup la sekadar membataskan yang tidak baik sahaja.

".............Salah satu tujuan AUKU diwujudkan adalah untuk mengawal pergerakan pelajar Malaysia yang sangat aktif pada zaman 1960-an dan 1970-an. Pindaan terhadap AUKU pada tahun1975 telah melenyapkan pergerakan ini, kemudiannya membentuk pelajar-pelajar IPT yang semakin kurang peka terhadap masyarakat".......
salah satu kenyataan seorang pelajar yang aku petik dari 1 laman web! Ape yang kita dapat lihat, AUKU menjadikan mahasiswa kurang peka terhadap masyarakat. Aku ulang lagi, KURANG PEKA!

Kadang2 kalau dikaji kewujudkan AUKU ini, ia hanya terpakai untuk beberapa keadaan sahaja, selebihnya ia nampak seperti memberi masalah pula kepada pelajar. Sejak isu AUKU ini dibahaskan sampai ke parlimen, telah wujud banyak auta2 atau rumors2 yang mengatakan bahawa AUKU sebenarnya adalah "alatan" & "permainan" semata-mata. Ada kebenaran ke kata2 ini? Ntah la, dari banyak2 artikel yang aku baca tentang kecaman mahasiswa terhadap AUKU, hampir 80 % mahasiswa menyatakan bahawa AUKU dan isi kandungannya perlu di pinda @ di buat pengubah suaian mengikut keperluan mahasiswa zaman sekarang. Betul juga kan, mahasiswa sekarang tak sama macam mahasiswa puluhan tahun dahulu. Beza memang berbeza. Ape lagi yang tak kena dengan AUKU. Memang tak kena dan yang penting AUKU lebih mementingkan sebelah pihak sahaja, dan sebelah pihak lagi tercacai begitu sahaja (paham2 sendiri la kan).

Cuba baca petikan artikel kat bawah ni plak. Agak manarik tentang cubaan meminda @ memansuh AUKU oleh Gerakan Mahasiswa sendiri. Dan kat bawaj ni merupakan kenyataan daripada Izzah anak Anwar Ibrahim tue. Bacalah...

...Bagaimanakah AUKU mengokong dan mencabuli hak asasi manusia...

8hb Mei 2008

Kenyataan Menyokong Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

Saya menyokong usaha-usaha Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti Kolej dan Universiti 1971 (AUKU) yang drakonian. Saya telah bertemu dengan wakil-wakil dari GMMA dan ingin menyatakan sokongan saya terhadap perjuangan GMMA.

Menteri Pengajian Tinggi telah memberi jawapan pada 30 April 2008 bahawa jawatankuasa telah didirikan untuk mengkaji AUKU dengan menyeluruh dan Deraf pindaan AUKU kini berada dalam di peringkat akhir dan akan di bentangkan dalam Parlimen tidak lama lagi.

Saya berharap pindaan kepada AUKU oleh Kerajaan bukan sahaja retorik politik tetapi akan mengembalikan hak-hak asasi mahasiswa.

Saya menyokong perjuangan GMMA dan juga meneruskan perjuangan ini di Parlimen.

Nurul Izzah Anwar, MP


**AUKU - Akta Universiti & Kolej Universiti adalah akta yang diguna pakai di semua IPT dan disokong pula oleh peruntukan undang2 IPT tersendiri. Nanti kan posting aku seterusnya berkenaan AUKU dan Persekitarannya.