Showing posts with label lebah. Show all posts

City Plaza "Pameran & Promosi Produk Lebah"  

Posted by Mohd Norsham in , ,

Posting yang lepas aku dah janji nak citer ape yang ade kat City Plaza sampai begitu ramai orang berkerumun kan. Sebenarnya aku pon tak tau ade apa pada mulanya. Jadi, aku, Adam & Dell pon trus masuk dalam City Plaza. Kat Centre lobby City Plaza, rupa-rupanya ada pameran dan promosi produk berasaskan lebah. Lebah??...produk ape lagi klu bukan madu lebah la. So, kitorang pon pusing-pusing tengok pameran + promosi produk lebah tu. Aku ternampak satu bilik kaca, kat dinding kaca tu ada tulis “persembahan dari “orang lebah akan bermula jam 3.00 ptg”. Ape tu orang lebah?, macam pelik je, muka dia macam lebah ke?, dia ade kepak je?, atau dia boleh menyengat macam lebah?. Jam baru kul 2.15 ptg, ade masa 45 minit lagi sebelum “orang lebah” tu menunjukkan kelibatnya dalam bilik kaca tu. So kitorang pon jalan2 + round2 dalam City Plaza sambil mencari software yang Adam nak tu.

Dari Ground floor sampai la 5th floor, pusing cari software, sat upon tak jumpa, pelik shopping complex macam ni pon tak de kedai software. Tak pe la, dah tak jumpa, nak buat macam ne kan. So kitorang pon terus turun semula ke lobby sebab nak tengok “orang lebah”. Jam dah nak dekat kul 3 ni. Sampai je kat lobby tu, orang dah ramai berkerumun keliling bilik kaca tu, tapi kelibat “orang lebah” tu tak Nampak lagi. Kitorang pon tengok2 la dulu produk lebah yang ada dijual disitu. Macam2 ada beb, madu lebah ginseng la, masu lebah 1 bunga la, madu lebah pelbagai bunga, sabun lebah dan pelbagai produk lagi yang aku tak ingat ape menda namanya. Tunggu punya tunggu, jam dah kul 3.15 ptg, mana dia orang lebah t upon aku tak tau. Tak Nampak lagi dalam bilik kaca. Malas nak tunggu dah, so kitorang pon gerak cari makan. Mula2 nak makan kat Uno CafĂ© City Plaza, tapi ramai orang, pastu trus kuar dari City Plaza dan pg KFC seberang jalan depan kedai borong Din. Nak taw ape cite kat KFC, tunggu posting seterusnya… (sebenarnya jari-jemari dah letih menaip ni)

Info produk lebah :

1. Pati madu lebah + ginseng (50ml) = RM 25.00

2. Pati madu lebah 1 bunga (50ml)= RM 25.00

3. Pati madu lebah pelbagai bunga (50ml) = RM 25.00

4. Sabun sarang lebah =RM 5.00

5. Makanan supplement barasaskan telur lebah = RM 50++

Banyak lagi produk dijual, aku pond ah lupa da..ehehe



Going to Alor Setar "Langkah demi langkah penuh ketentuan"  

Posted by Mohd Norsham in , , , , , , ,

Hari ni aku plan nak sambung study export, ada 2 bab lagi tak cover untuk final exam ni. Kul 9 pagi aku dah bangun sebab nak basuh baju dulu, pastu baru sambung study. Pas je mandi, rasa malas plak nak basuh baju, dengan senang aku kata” ah..biar la dulu baju tu bertimbung dalam bekas tue, esok bleh basuh”. Malas punya pasal la kan, baju tak berbasuh. Then aku capai trus buku + note + tips export untuk study. Study sampai tak ingat makan, tau2 tengok jam dah kul 12.30. Tiba-tiba ……


(adam masuk dalam bilik aku tanpa mengetuk pintu)

Adam: Sham , nak ikut pegi Alor Staq tak? Ikut Dell, dia nak pegi bayar duit kete kat CIMB bank.

Aku: ha??..Alor setaq ? erhm..naik ape & sape lagi pegi (soalan biasa yang akan keudara jika plan nak kuar)

Adam: aku, Dell , ngko je la..Daniel x comfirm lagi.

Aku: owh..kete tontong ke?..aku ni tengah takda duit..kering!!..tapi stakat nak tontong minyak takde hal la..

Adam: jap aku message Dell..(Adam pon terus msg dell)

Aku:ok..so ape jawapannya..

Adam: dell kata kete dia bayar pon xpe..

Aku: klu macam tu ok la..(sebenarnya aku serba salah je nak pegi, duit dalam wallet ada RM *** je)…nanti bleh makan kat sana skali kan..

Adam: Ok set , jom siap..naik kete fatah, tunggu blakang blok G.

Aku: ok…

Inilah ketentuan. Dah ape lagi, aku pon trus masuk bath room, mandi la. Siap2 dan trus pg blakang blok G, Nampak diorang dah tunggu aku dalam kete. (“lambat ke aku nie??”). Ehehe. Adam drive kete, Dell jadi co-pilot dan aku duk blakang jadi ape?? Jadi “BOSS “ la kan. Hahaha. Tapi Daniel tak dapat ikut sebab sok pagi dia ade paper. Nampaknya tak cukup corrum la. So, kitorang pon gerak la ke Alor Setar dengan kete SLK 850 kepunyaan Fatah. Adam bawak kete laju giler, macam nak race beb. Meter sampai cecah 120/km tue, gegeran impak maksima erk. Sampai je Alor setar trus kitorang pegi CIMB bank depan Pekan Rabu, settlekan keje Dell dulu. Pastu .......


Dell: pasni korang nak pg mana lagi?
Aku & adam: Makan la..lapar..tapi kitorang ikut ko je dell..hehe..(dengan harapan Dell belanja la)
Dell: ok2..tggu aku settle pembayaran kita pegi ok..
Adam: kita pegi City Plaza nak. Ade ape sana ha. Aku nak cari software la.
Aku: bleh je, dekat dah City Plaza seberang jalan tue je, bleh layan Mc D.
Adam: Ok.

Settle je Dell bayar duit kat kaunter, kitorang gerak trus g City Plaza. Malas nak alih + paking kete, kitorang jalan kaki je sampai City Plaza. Berpeluh gak la, panas hari nie tak tahan aku. Sampai je depan entrance City Plaza, aku tengok ramai gila budak2 muda laki & pompuan lepak tak tentu hala. ape nak jadi ngan diorang ni, dengan pakaian sekolah, hisap rokok, bergaul laki pompuan tanpa batas. MasyaALLAH. Sungguhpun aku bukan la manusia yang perfect, tapi aku sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah sosial remaja zaman skang. Makin lama, makin teruk, esok-esok jadi sampah masyarakat. Adakah ini satu ketentuan? Elok tangkap je diorang semua ni, masuk kan dalam pusat pumilihan akhlak bagi diorang buat kerja-kerja amal. Tak larat mata aku nak tengok perangai ramaja masa skang ni. Ape2 pon aku harap diorang semua sedar la nanti. Kitorang pon terus berjalan menuju pintu masuk City Plaza. Punya la ramai orang kat lobby, macam ada konsert je. Tapi sebenarnya ada… ada ape ek… nak tau ade ape. Kita tunggu posting seterusnya.


**sampah masyarakat = orang yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup dan sering hidup dalam keadaan yang tidak sempurna dari segi akhlak. Sering berkelakuan tidak elok dan tidak bermoral.