Posting yang lepas aku dah janji nak citer ape yang ade kat City Plaza sampai begitu ramai orang berkerumun kan. Sebenarnya aku pon tak tau ade apa pada mulanya. Jadi, aku, Adam & Dell pon trus masuk dalam City Plaza. Kat Centre lobby City Plaza, rupa-rupanya ada pameran dan promosi produk berasaskan lebah. Lebah??...produk ape lagi klu bukan madu lebah la. So, kitorang pon pusing-pusing tengok pameran + promosi produk lebah tu. Aku ternampak satu bilik kaca, kat dinding kaca tu ada tulis “persembahan dari “orang lebah akan bermula jam 3.00 ptg”. Ape tu orang lebah?, macam pelik je, muka dia macam lebah ke?, dia ade kepak je?, atau dia boleh menyengat macam lebah?. Jam baru kul 2.15 ptg, ade masa 45 minit lagi sebelum “orang lebah” tu menunjukkan kelibatnya dalam bilik kaca tu. So kitorang pon jalan2 + round2 dalam City Plaza sambil mencari software yang Adam nak tu.
Dari Ground floor sampai la 5th floor, pusing cari software, sat upon tak jumpa, pelik shopping complex macam ni pon tak de kedai software. Tak pe la, dah tak jumpa, nak buat macam ne kan. So kitorang pon terus turun semula ke lobby sebab nak tengok “orang lebah”. Jam dah nak dekat kul 3 ni. Sampai je kat lobby tu, orang dah ramai berkerumun keliling bilik kaca tu, tapi kelibat “orang lebah” tu tak Nampak lagi. Kitorang pon tengok2 la dulu produk lebah yang ada dijual disitu. Macam2 ada beb, madu lebah ginseng la, masu lebah 1 bunga la, madu lebah pelbagai bunga, sabun lebah dan pelbagai produk lagi yang aku tak ingat ape menda namanya. Tunggu punya tunggu, jam dah kul 3.15 ptg, mana dia orang lebah t upon aku tak tau. Tak Nampak lagi dalam bilik kaca. Malas nak tunggu dah, so kitorang pon gerak cari makan. Mula2 nak makan kat Uno CafĂ© City Plaza, tapi ramai orang, pastu trus kuar dari City Plaza dan pg KFC seberang jalan depan kedai borong Din. Nak taw ape cite kat KFC, tunggu posting seterusnya… (sebenarnya jari-jemari dah letih menaip ni)
Info produk lebah :
1. Pati madu lebah + ginseng (50ml) = RM 25.00
2. Pati madu lebah 1 bunga (50ml)= RM 25.00
3. Pati madu lebah pelbagai bunga (50ml) = RM 25.00
4. Sabun sarang lebah =RM 5.00
5. Makanan supplement barasaskan telur lebah = RM 50++
Banyak lagi produk dijual, aku pond ah lupa da..ehehe