KFC "sehingga menjilat jari"  

Posted by Mohd Norsham in , , ,

Ha, time pegi Alor Setar hari tu, aku ngan Adam & Dell lunch kat KFC. Time tu dah kul 4 petang, lunch ke? Kira lunch je la ye. Jauh gak la KFC dari City Plaza, lebih kurang 10 min perjalanan (klu aku jalan la, klu orang lain jalan mesti lagi cepat). Akhirnya sampai di depan pintu masuk KFC

kat KFC….

(trus berjalan masuk menuju kaunter)

Cashier: selamat petang bang…(dia panggil aku bang??, bila masa aku kawin ngan akak dia pon aku tak tau)

Aku: ye, selamat petang juga

Cashier: makan sini ke bawa balik

Aku: makan sini yer, bagi saya dinner plate 1 original + vanilla coke regular + cheese wedgets. Itu je

Cashier: ok saya ulang yer, dinner plate 1 original + vanilla coke regular + cheese wedgets. Ade nak tambah ape2 lagi?

Aku: erhm..tak de. Cukup la.

Cashier: semua skali RM 15.68.

Aku:ok, terima kasih.

Ketentuan ini telah menyebabkan aku order makan macam “anak jin” , tak ingat dunia, lapar punya pasal la katakan. So kitorang pon makan la kat tingkat atas KFC tu, tak ramai sangat la orang. Ade 5 meja je yang ada orang duduk + makan termasuk meja kitorang. 2 meja tu ada sepasang couple duduk (bukan main berpelukan lagi, memang tak tau malu). Sambil2 makan sempat gak kitorang membelek satu keratan kertas yang tertulis “Guess the Miliage Contest”. Rupanya skang KFC sedang menganjurkan peraduan meneka jarak perjalanan, dan hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan iaitu 8 biji Proton Saga baru. Macam2 peraduan skang ni kan. Tapi aku tak amik peduli pon. Sape2 yang masuk peraduan ni, gud luck la ye. Kitorang pon makan, makan dan terus makan. Sampai semua kenyang macam ular sawa. Pastu trus gerak kuar dari KFC menuju ke kete dan terus menuju balik ke lembah sintok.



**"Anak Jin" = gelaran ini sering digunakan oleh kawan2 aku dan akan diberikan kepada mereka yang kuat makan. tak nape anak jin yang jadi mangsa. mungkin anak jin pon kuat makan kot.. eheheh



This entry was posted on Saturday, May 3, 2008 at 11:07 PM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment