Showing posts with label buku. Show all posts

Rahsia Bisnes Orang JEPUN  

Posted by Mohd Norsham in

Kali ni aku nak share ngan korang semua tentang sebuah buku yang aku baru beli. Buku yang penuh dengan rahsia dan formula kejayan dalam perniagaan. Nama buku ni "RAHSIA BISNES ORANG JEPUN". Memaparkan beberapa kisah dan tauladan berkenaan kejayaan dan kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu perniagaan. Buku ini juga lebih memberi gambaran menyeluruh kepada pembacanya bagaimana hendak berjaya dalam perniagaan dari tapak permulaan hinggalah kepuncak kejayaan. Bagus kan buku nie. Klu dibaca satu persatu, kita dapat lihat betapa hebatnya orang JEPUN ni dalam perniagaan. Tak mustahil la negara diorg boleh maju kan. Klu nak dibandingkan dengan orang MALAYSIA terutama MELAYU, jauh bezanya!! So, klu korang kat luar tue minat membaca buku2 kejayaan ni, aku rasa buku ni adalah terbaik utk korang beli. So, ni ada sedikit info pasal buku nie :-



Tajuk : RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
Penulis: Ann Wan Seng
Genre : Pengurusan dan Perniagaan
Penerbit : PTS SDN BHD
Harga : RM 29.90




"Orang JEPUN terkenal dengan budaya KEISAN atau pon GILA KERJA. Budaya inilah yang membantu mereka BERJAYA dalam BISNES yang dilakukan. Ketahuilah lebih banyak lagi rahsia orang JEPUN dalam buku ini. Sesuai sebagai PANDUAN dan MOTIVASI kepada USAHAWAN TEMPATAN".



Nak ke Tak Nak  

Posted by Mohd Norsham in , , , , , , , ,

Kali ni aku NAK berkongsi sedikit ngan korang pasal sebuah buku yang aku baca. Korang NAK tau tak buku ape?. Ha, buku ni memang menarik bagi aku. Agak2 ape yang menarik tu kan, sampai aku NAK kongsi ngan korang semua ek. Buku ni merupakan buku motivasi kendiri (sesuai untuk orang yang “moralnya down”) yang memang pengisiannya tidak begitu berat untuk pembacaan. Klu buku2 yang heavy reading (macam buku2 waktu blaja dulu) aku pon TAK NAK baca, letih kepala otak nanti. Tapi buku ni lain sikit sebab pengolahan kandungannysa lebih santai dan ringan sahaja. Owh ya,lupa plak nak intro pasal buku ni kan. Tu la, asyik sangat nak mengarang. Ni intro buku tue:

Tajuk buku : Nak ke Tak Nak
Penulis : DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj (Motivator terkenal Seantero Dunia)
Penerbit : Karya Bestari
Konsep : Motivasi Kendiri (berdasarakan pengalaman & tauladan)
Kandungan : 320 muka surat & 17 Bab.
Harga : RM 10 (murah je kan)

Antara yang menarik di dalam :Booster Tekanan, Hati besar & Hati Kecil, 7 tangga mendaki matlamat (dan banyak lagi yang menarik)

Kalau NAK seribu daya.. Klu rasa diri korang NAK dimotivasi atau termotivasi, boleh la membaca buku ini yang banyak mengisahkan tentang kehidupan manusia. Semuanya terletak dihati korang. Kalau TAK NAK, korang tak payah la beli ok. So, macam ne? NAK ke TAK NAK?


** Nak ke tak nak?. Jika seorang itu mempunyai perasaan NAK melakukan sesuatu, dia pasti akan melakukannya dengan apa cara sekali pon hingga berjaya melakukannya, "Nak seribu daya, Tak Nak seribu dalih". Jika seorang itu TAK NAK melakukannya, biar pon sepuluh cara tetapi dia tetap tidak akan melakukannya.