Hari ni takde menda menarik yang aku buat. Just continuing my study for my 4th paper this coming Wednesday. What?? Of no, there is only 3 day to finish up the entire chap that covers on da exam. Is it the time is enuff for me? Need to struggle & work hard + smart study to cover all that silibus. “die die die”. Dun care la, I now that I can do it just because I love my self & I just want to do the best. Tapi, kadang2 bila ngadap buku ni, terasa teramat laaaaa buhsan + ngantok + letih dan macam2 lagi la perasaan negative akan datang. Kenape? Adakah suatu ketentuan? Dari pagi sampai la petang aku study & terus study. Tepat kul 3.55, mood aku untuk study dah hilang dan dalam pada masa gak ilham menghadirkan dirinya tanpa ku sedari.
(Nukilan kisah sebuah persahabatan antara "aku" dan "dia".namun apakan daya kisah ini hanya bertahan semusim sahaja)
Di kesayupan malam di keheningan pagi
Ku duduk termenung seorang diri
Menunduk terus ke dalam bumi
Memikir kehidupan yang berliku ini
Yang datang menempa menongkah sunyi
Hingga tiada kudrat yang aku termampu lagi
Aku mengerti, malah ku pasti
Diri mu itu sahabat sejati
Meniti kehidupan tanpa dirasai
Merangkak payah persahabatan ini
Di antara liku dan rekahan kau atasi
Di antara ribuan sahabatku ini
Kaulah yang dapat menyelami hati
Setiap baris kata kata mu tersemat rapi
Di antara luka-luka dan pedihnya hati
Bertanya khabar dan perasaan hati ku
Mengharap sinar dan kerdipan ungu
Yang dapat menyinar ke hingga akhir hayat ku
Walau pun pedih ku telan jua tiada ku tunggu
Demi persahabatan suci kau dan aku
Bagaimana dapat ku luah kan segala
Lalu kepuraan menjelma tertutup segala
Marilah bersama lupakan cerita lama
Kerana airmata ku telah mengalir kepuncaknya
Tangisan ku kini tiada lagi berirama
Dan kau sahabat harapan ku yang satu
Ketahuilah arahmu dan arahku kini suatu yang baru
Dan marilah lupakan segala mimpi yang dulu
Kerana aku telah sedia menghadap hari-hari baru
Dengan harapan kita kan gembira selalu
Tika kau masih bersama-sama diri ku
Dalam mencari erti sebuah persahabatan ....