PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN BELIA MALAYSIA  

Posted by Mohd Norsham

Assalamualaikum...dan Saham Sejahtera.

Info PRB - PEMBIMBING RAKAN BELIA...

Cadangan penubuhan telah diusulkan oleh sekumpulan wakil pelajar dari seluruh IPTA semasa program Kolokium Kebangsaan. Hasil perbincangan melalui mesyuarat pertamanya yang diwakili oleh setiap pengerusi dan ketua PRS IPTA, maka satu cadangan telah diutarakan iaitu untuk mengembangkan lagi peranan PRS bukan setakat di sekolah, IPTA sahaja, tetapi PRS haruslah diteruskan diperiingkat yg lebih tinggi. Maka dengan itu, dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menubuhkan PRS diperingkat kebangsaan dengan namanya telah diubah kepada PRB.

Dengan usaha beberapa rakan PRS di seluruh IPTA, makan PRB akan ditubuhkan pada tahun 2009 ( InsyaALLAH) dan akan menjalankan peranannya diperingkat kebangsaan. PRB akan didaftarkan sebagai Persatuan Pembimbing Rakan Belia Malaysia (PPRBM) dan akan bernaung dibawah Majlis Belia Malaysia, Kementerian BElia dan SUkan Malaysia.
Dengan Komitmen beberapa pihak, nama PPRBM telah didaftarkan untuk memastikan persatuan ini mendapat pengiktirafan Majlis Belia. Walaubagaimanapon, mesyuarat kedua harus dijalankan untuk perlantikan jawatankuasa dan perstukturan penuh persatuan. Ini bagi membolehkan persatuan didaftarkan secara berstuktur dibawah Kementerian Belia dan sukan Malaysia dan mudah menjalankan peranan dan tugasnya.

Oleh yang demikian, mesyuarat kedua ini telah dicadangkan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 Januari 2009

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Wisma Belia (YMCA) Kuala Lumpur

Penglibatan : Semua Pengerusi/Presiden/Ketua PRS IPTA se-Malaysia

(Ini adalah Cadangan awal, mungkin terdapat pindaan akhir. Akan diberitahu kelak)


Oleh yang demikian,pihak pengurus utama PPRBM berharap agar semua Presiden/Pengerusi/Ketua PRS IPTA se-Malaysia supaya dapat terus berhubung dengan kami bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Surat jemputan mesyuarat juga akan dihantar ke alamat IPTA masing2. Ini adalah maklumat awal penubuhan. Segala pemberitahuan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Sdr Mohd Norsham (shamz): 012-6451884
Sdr Shukri Husain (Shuk) : 017-5648153
atau jika anda ada sebarang info/komen/cadangan/usulan, boleh terus memberi respon di dalam portal ini. kerjasama semua pihak amatlah diharapkan. Sekian, Terima Kasih.

"InsyaALLAH, segala usaha yang baik pasti medapat keberkatan ALLAH"
"Bersama memajukan Belia Malaysia"



This entry was posted on Thursday, January 15, 2009 at 5:55 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment