Pilih ! JANGAN tak Pilih  

Posted by Mohd Norsham

Kali ni aku nak memperkenalkan pada korang semua sebuah buku motivasi terbaru bertajuk 'Pilih Jangan Tak Pilih' yang mana buku ini banyak menceritakan kisah2 tauladan yang boleh dijadikan pegangan pada kita.Kadangkala kita rasa terpaksa dalam melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Kita merasa tiada pilihan untuk melakukan perkara yang kita suka. Semuanya dilakukan kerana terpaksa, sama ada untuk menjaga hati seseorang, atau untuk menyelamatkan diri sendiri. Sering juga kita membiarkan orang lain ataupun situasi semasa yang menentukan apa yang perlu kita buat, dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Adakah itu yang sebaik-baiknya? Membiarkan perkara lain menentukan kegembiraan dan keseronokan diri kita yang sepatutnya menjadi hak kita?

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi yang disasarkan kepada mereka yang pemalu, penakut, tidak mempunyai keyakinan diri dan sering merasakan terpaksa dan tiada pilihan dalam kehidupan. Pengisiannya tidak lain daripada ingin membantu dan mendorong individu warganegara Malaysia yang masih berada dalam ruang selesa masing-masing tetapi di lubuk hati mereka terasa ingin untuk menjadi seorang yang berkeyakinan diri, berwibawa dan cemerlang. Info buku seperti berikut :-




Judul : Pilih Jangan Tak Pilih
Pengarang : Azzah AR (Azzah Abd Rahman)
Penerbit : Digital Apprentice Management Services
Genre : Motivasi
Mukasurat : 156 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789834375607



This entry was posted on Saturday, January 31, 2009 at 3:28 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment