tO Many THING for tO Many REASON  

Posted by Mohd Norsham

Sejak kebelakangan ni banyak benda sangat yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang happy & ada gak yg macam gampang. Sebab tu la dah lama sangat rasanya aku tak menghupdate blog aku nie. Tapi nasib baik x bersawang lagi. Under control la agaknya. Walau ape pon yang terjadi, hidup perlu diteruskan, tak begitu SIFU? alah bisa tegal biasa bak kata orang. Klu dah biasa semuanya akan jadi biasa. Tapi klu tak biasa, yang tak biasa tu la akan jadi bisa kehidupan yang paling unggul kan. So, bisa atau tak kita tolak tepi dulu. Janji lumrah kehidupan & ketentuannya mesti di terokai dan hadapinya dengan REDHA tanpa sebarang rungutan. Percayalah, kita sentiasa dibawah lindungan-NYA. InsyaALLAH. Terlalu banyak sangat keje2 kat opis tu sehinggakan tak menang tangan nak dibuatnya. Kerenah orang yang pelbagai membuatkan aku cepat rasa letih. Cuaca skang ni pon x menentu, asyik hujan, panas je. Ni semua punca penyakit klu kita tak jaga diri dengan baik. Tapi walau ape sekali pon berlaku, jangan katakan TIDAK pada ketentuan kehidupan anda. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat. HEHEHE. dah merepek plak aku ni. ye la. hujung2 minggu ni xde ape nak buat, so rasa skit bosan la.

Petua : Pemimpin yang TERBAIK  

Posted by Mohd Norsham

1. Jangan takut buat silap

Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.


2. Libatkan semua orang.

Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.


3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif

Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.


4. Miliki visi yang berpandangan jauh.

Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. � Pakejkan� visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?


5. Sanggup ambil risiko

Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.


6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif

Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.


7. Berilah latihan dan peningkatan diri

Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.


8. Galakkan kerja berpasukan

Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.


9. Beri ganjaran

Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.