Nasib Kategori ETNIK KREATIF pada AJL 24  

Posted by Mohd Norsham

Baru2 ini pada AJL 23, pelbagai kontroversi dan kospirasi telah timbul menyebabkan wujudnya ketidakpuasan hati beberapa pihak. Persaingan antara kategori juga tampak agak hambar berbanding tahun2 sebelumnya. Lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar pula menjuarai kategori balada manakala penyanyinya, Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik sementara kategori etnik kreatif dijuarai lagu Persoalan Cinta. Berbanding kategori pop rock dan balada, ada yang beranggapan saingan lagu menerusi etnik kreatif kurang menyengat dengan hanya tiga lagu layak ke AJL23 iaitu Persoalan Cinta (Farawahida), Doa Dalam Lagu (duet Zahid bersama Heliza) dan Dusta Berkalang (Aiman).

Lagu Persoalan Cinta adalah ciptaan Julfekar bersama Ku Seman dan Izza Rosley. Pada persembahan malam itu, Farawahida tampil seperti maharani Cina yang menyanyi sambil diiringi ramai penari. Namun, di sebalik kemenangan lagu ini, ia memberi gambaran sambutan penyanyi kategori etnik kreatif makin berkurangan berdasarkan faktor penyertaan lagu yang bertanding. Persoalan yang bermain di fikiran, apakah komposer tempatan kekurangan idea menghasilkan lagu sebegini atau peluang lagu ini bertanding terhad.

Etnik kreatif menerusi AJL23 mula diperkenalkan sejak 2000 menggantikan Irama Malaysia. Lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Jamal Abdillah dan M Nasir pada 1997, Cindai (Datuk Siti Nurhaliza, 1998), Balqis (Siti Nurhaliza, 2000) dan Mimpi Laila (Yassin, 2001) pernah menang Lagu Terbaik. Namun, mutakhir kategori ini seolah-olah seperti melukut ditepian gantang apabila hanya tiga lagu yang layak bertanding berbanding kategori lain lima dan enam lagu.
Apakah nasib kategori ini pada tahun hadapan? Diharapkan lebih banyak komposer dan penulis lirik tahun ini akan lebih cenderung untuk menghasilkan karya etnik kreatif.

Artikel dipetik / disunting daripada : www.hmetro.com.my


This entry was posted on Wednesday, January 21, 2009 at 12:42 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment