Index CEMBURU horoskop LIBRA  

Posted by Mohd Norsham

Kali ni mari kita tengok plak index-index cemburu seorang insan bernama LELAKI. Kalau sebelum ni asyik tau pasal cemburu PEREMPUAN je kan. So, lets look what is JEALOUSY mean by MEN. Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Sama ada cemburu itu kearah kebaikan atau menuju kearah kejahatan. HAHAHA.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki yang dilahirkan berbintang LIBRA (bintang aku la nie);

LIBRA
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.



Untuk index cemburu yang lengkap mengikut HOROSKOP masing-masing sila click RAHSIA SEORANG LELAKI


This entry was posted on Friday, January 23, 2009 at 8:07 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment