So TIRED! Ape Ape Aje La  

Posted by Mohd Norsham

Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan sepanjang bulan JANUARI ni. Banyak plak perkara2 yang aku kena buat, harus buat, wajib buat dan mesti buat. Huhhh. Dan ade gak la perkara2 yang aku diharamkan buat. Ape perkara2 tu ek. HEHEHE. Nak kongsi skit la ape yang memenatkan aku minggu ni;

TEMPAT KERJA :
Minggu ni adalah minggu pelbagai taklimat & kursus penting, jadi setiap hari ade je keje yang nak kena buat + meeting yang nak kena attend. Memang penat la kan, lepas satu kerja, ade je kerja lain nak kena buat. Sampai terpaksa blik lewat dari officer lain. Tapi xpe la, tu semua dah memang tanggungjawab aku, so kena la settlekan. Aku kan SETIAUSAHA KERJA (SUK) kepada Pen. Pengarah Jabatan. Hehehe. So macam2 la nak kena tolong bos aku ni buat keje. Memang la sangat2 meletihkan.

TRAINING BOWLING :
Minggu ni gak aku sibuk ngan training bowling. Hampir setiap malam ade je training ngan member dari malaysianbowler.com dan bincang.net dan mesra.net. Training ni pon as a prepairation untuk torney awal bulan 2 nanti. Penat memang la sangat penat, lepas keje je terus ke SUMMIT USJ. Tangan abis lenguh2, pinggang sakit2, rehat pon tak cukup. Tapi xpe la, untuk dapatkan pencapaian terbaik semasa memboling, aku kena la rajin2 training. Tak gitu SIFU?

OUT STATION :
Minggu ni gak aku kena OUTing 2 kali dan sudah pasti la diluar kawasan pejabat aku kan. Ni memang la letih, klu aku outing sebab urusan kerja aku tak pe la jugak. Ni aku kena outing sebab kena settlekan kerja orang lain. Klu aku tak tolong buat, alamat lingkup la PRESTASI jabatan. Hari Isnin aku kena pegi Wilayah, dapatkan maklumat berkenaan Majlis Prestij Jabatan. Pastu hari khamis plak aku kena pegi SUK SELANGOR, jumpa pegawai protokol negeri untuk dapatkan maklumat susunan keutamaan persekutuan dan susunan keutamaan negeri. Aku ni dah jadi macam pencari maklumat plak. Penat gila buat kerja orang, lain la klu ade UPAH kan. HAHAHAHA.

Kadang2 perkara yang kita tak duga & kita tak rancang akan berlaku sampai mengakibatkan gangguan terhadap emosi + kesihatan kita. Ape2 pon kita kena la ade semangat yang tinggi kan supaya dapat atasi semua masalah. Tapi nasib baik la hujung mggu ni cuti 4 hari (CNY), bleh la aku relex puas2 sampai menenagkan fikiran yang slalu tak tenang nie. fikiran tak tenang? Pasal ape ek. Tunggu cerita selanjutnya di entry akan datang. Sekian. HUHHHHHH..PENAT!!!




This entry was posted on Friday, January 23, 2009 at 11:18 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment