Urusetia PROTOKOL  

Posted by Mohd Norsham

Salam ceria semua, bertemu lagi kita kali ini. Hari ni adalah hari paling letih bagi aku. Penat sepenat-penatnya, tak dapat digambarkan betapa penatnya aku yang terlalu penat. Ha, sampai bahasa pon dah tak bape nak betul. Actually ni kes kat tempat keje lagi la kan. Aku terlibat secara langsung dengan persiapan Sambutan Hari Kastam Sedunia. Huh, aku dan team pegawai2 kastam selangor menjadi urusetia PROTOKOL. Bukan senang taw keja PROTOKOL ni, pening kepala gak la memikirkan setiap sudut yang kitorang kena kendalikan. Boleh kata urusetia PROTOKOL ni fungsi dia yang terpenting la, sebelum, semasa, selepas majlis, dari awal hingga la akhir majlis. Urusetia PROTOKOL la yang akan menjadi paling busy.

Hari ni kat opis adalah persiapan akhir "tangging" untuk PROTOKOL. Macam2 nak kena buat, dai pagi tak berhenti. Keje, Keje dan terus keje. Lepas je meeting pagi tadi, semua jadi lipas kudung berlari kesana sini menyiapkan tugas2 akhir. Buat pertama kali aku rasa gembira walau pon penat coz hari ni aku tengok sendiri ngan mata aku bos2 besar , bos2 kecik dan yang bukan bos berganding bahu menyiapkan kerja. Sebelah pagi , kami meeting. Tengah hari sampai petang kami berkumpul dalam satu bilik diskusi dan menyiapkan kerja2 akhir. Dah macam satu family besar, walaupon banyak keje, tapi sikit pon aku tak komplen. Gergelak ketawa sama2, lawak gak la pegawai2 kastam ni.

Best plak rasa bila sesekali dapat berkumpul dari bos besar sapai bos kecik. dari tak kenal terus jadi kenal. Siap boleh berlawak2 lagi. Keje aku duk depan laptop dan setting tagging VVIP dan tetamu jemputan. Klu korang pegi hari kastam sedunia kat pejabat kastam wilayah hari sabtu nie, nampak tangging VVIP tu, aku la yang buat. HAHAHAHA. Ape2 pon keje yang banyak, dengan kepelbagaian ragam dan peel hari ni membuatkan aku terus bersemangat walaupon jauh disudut hati aku menyimpan seribu satu rasa kepenatan. Nanti aku sambung lagi citer ni ok. Arghhh....Ngantuk dah


This entry was posted on Friday, February 6, 2009 at 1:19 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment