Guru Pembinan Negara Bangsa  

Posted by Mohd Norsham in

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru dan pendidik. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai laporan razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Pada tahun 2009 ini, tema yang dipilih sempena hari guru adalah : "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sempena hari guru yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada beberapa orang guru dan pendidik yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat serta dorongan pada diri aku dari dulu sehingga sekarang. mereka ini tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar mereka kepada aku. Mereka yang aku sentiasa hormat sebagai guru dan pendidik aku sepanjang zaman adalah :

Tuan Hj. Shahrin Bin Ahmad (Kaunselor Kanan di UUM)

En. Norizan Bin Md Isa (Guru & Pegawai Pendidikan Kubang Pasu Kedah)

Dr. Norhayati Binti Zakaria (Pensyarah Kanan UUM)

En. Yusrizal Sufardi Bin Mohd Yunan (Pegawai Pendidikan Putrajaya)

Kepada mereka ini, selamat hari guru aku ucapkan. Semoga ilmu dan tunjuk yang di berikan di berkati Allah hendaknya. Tiada ape yang dapat ku balas , hanya berdoa agar dikau sihat dan bergembira selalu di samping keluarga tercinta. Teruskam usaha mu itu mendidik anak bangsa. Terima Kasih GURU!

This entry was posted on Friday, May 15, 2009 at 2:36 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment