Al-Farabi
Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri ).
Ibn Khaldun
Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah.
Al-Ghazali
Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna.
Secara Kesimpulannya !!
Perlu dinyatakan disini bahawa tidak semua manusia yang serta-merta memiliki semua ciri-ciri yang telah disebutkan,kerana itu sangat penting bagi seseorang pemimpin untuk menganalisis diri sendir untuk melihat ciri-ciri kepimpinan apa yang telah dimilikinya dan ciri-ciri apa yang masih perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik pendidikan yang bersifat formal ataupun sebaliknya.
Islam melarang pemimpin menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk.Pertama, menggunakan jawatannya untuk kepentingan kebendaan dan menerima rasuah.Larangan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis yang bermaksud; “Bahawa Allah Taala melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah”.Kedua ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih.Contohnya memberikan perkhidmatan dengan mendahulukan orang terkemudian dari yang sepatutnya didahulukan kerana kekeluargaan, sahabat dan untuk yang dikasihi.
p/s: Jika mahu jadi pemimpin, jadilah pemimpin luar biasa berjiwa besar!
One & Only - Mohd Norsham