ROBOCON 2009  

Posted by Mohd Norsham


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan SIRIM Berhad (SIRIM) telah menganjurkan Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan setiap tahun mulai tahun 2002. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan teknologi robot di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran, inovasi dan daya kreativiti mereka dalam bidang penciptaan robot.


Pada tahun 2009, dianggarkan sebanyak 72 pasukan akan mengambil bahagian berbanding dengan 64 pasukan pada tahun sebelumnya yang melibatkan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta, politeknik dan juga pusat-pusat latihan. Pertandingan ini akan diadakan pada 5 hingga 10 Mei 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam. Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan diadakan di Tokyo pada 22 Ogos 2009

(lakaran Track ROBOCON 2009)

Tadi aku telah berkesempatan utk melihat pertandingan saringan ke 3 ROBOCON 2009. Terdapat lebih kurang 64 pasukan yang terdiri dari IPTA/S di Malaysia memasuki pertandingan ini. Dari ape yang aku lihat, pertandingan begini amat manarik dan perlu diteruskan selalu kerana ia bakal mencungkil kegemilangan roboties di Malaysia. Pasukan fevret aku tadi adalah dari MMU, mmg sempoi la pengendalian robot diorang. Smooth je dari starting point ti the end of track, mmg best n gempaq.

This entry was posted on Saturday, May 9, 2009 at 4:33 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment