Kasih Sayang  

Posted by Mohd Norsham

April (Si dia)
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Oktober (Aku)
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.


serasi ke kami?

April Fool Picture  

Posted by Mohd Norsham

Me, Kak Sha, Mia & sofea.
Masing tak de keje time ni. Ape lagi Snap pict la.
Melambak2 pict kitorang dalam laptop tu.
Actually time ni mmg tgh free pon coz ade jamuan makan2.

Me, Chip Othman, Mia & Sofea
Mia yang kiri skali, pembantu penguasa kastam. Orangnye kecil tapi garang.
Yang blakang aku tu, Student Practical gak dr KYPM. Suara dia mmg kuat, jerit je keje.
Kanan tu plak chip othman, pegawai kastam senior. Very the serius person.

Me, Mia & Sofea again.
Tak de keje lagi. So snap la macam2 gambar. Hahahaha. Muka poyo je semua.

Us Again. Hahahahaha
Cantik pict ni sebab ade border kat tepi. Nice one.

tO Many THING for tO Many REASON  

Posted by Mohd Norsham

Sejak kebelakangan ni banyak benda sangat yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang happy & ada gak yg macam gampang. Sebab tu la dah lama sangat rasanya aku tak menghupdate blog aku nie. Tapi nasib baik x bersawang lagi. Under control la agaknya. Walau ape pon yang terjadi, hidup perlu diteruskan, tak begitu SIFU? alah bisa tegal biasa bak kata orang. Klu dah biasa semuanya akan jadi biasa. Tapi klu tak biasa, yang tak biasa tu la akan jadi bisa kehidupan yang paling unggul kan. So, bisa atau tak kita tolak tepi dulu. Janji lumrah kehidupan & ketentuannya mesti di terokai dan hadapinya dengan REDHA tanpa sebarang rungutan. Percayalah, kita sentiasa dibawah lindungan-NYA. InsyaALLAH. Terlalu banyak sangat keje2 kat opis tu sehinggakan tak menang tangan nak dibuatnya. Kerenah orang yang pelbagai membuatkan aku cepat rasa letih. Cuaca skang ni pon x menentu, asyik hujan, panas je. Ni semua punca penyakit klu kita tak jaga diri dengan baik. Tapi walau ape sekali pon berlaku, jangan katakan TIDAK pada ketentuan kehidupan anda. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat. HEHEHE. dah merepek plak aku ni. ye la. hujung2 minggu ni xde ape nak buat, so rasa skit bosan la.

Petua : Pemimpin yang TERBAIK  

Posted by Mohd Norsham

1. Jangan takut buat silap

Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.


2. Libatkan semua orang.

Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.


3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif

Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.


4. Miliki visi yang berpandangan jauh.

Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. � Pakejkan� visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?


5. Sanggup ambil risiko

Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.


6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif

Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.


7. Berilah latihan dan peningkatan diri

Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.


8. Galakkan kerja berpasukan

Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.


9. Beri ganjaran

Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.


Teramatlah BUSY  

Posted by Mohd Norsham

Huh...lama gak aku rasa tak mengupdate blog nie. dah bersawang bagai dah . Bukan ape, sejak kebelakangan ni aku terlalu bz ngan pelbagai2 kerja. Kerja kat opis tak habis2, ade je yg perkara nak kena buat. Letih kepala hotak aku dan badan2 aku ni. tak de ape pon nak cite kali nie. Just lil bit explanation, why dah lama tak mangupdate blog. kang ade yang bertanya plak. lebih baik aku inform siap.

KLU AKU TAK UPDATE BLOG TUE, MAKNYANYA AKU BUSY.. HEHEH..
Ok la, jumpa di entry akan datang. Ciowz Cin Ciowzzz



My New PHONE  

Posted by Mohd Norsham

U knoe what???
Aku baru je dapat phone baru. Hadiah dari bapak aku last week.
Ntah ape mimpi bapak aku bagi HP baru. Actually mak aku pon dapat phone baru.
Maybe bisness bapak aku dapat untung lebih la tue. HEHE.
So, HP baru aku ni kelahiran MALAYSIA je. Dari keluarga CSL Sdn. Bhd.
Model CSL M525SL. Best gak HP nie.
Banyak Function & paling penting HP ni baru je dalam pasaran.
So klu nak taw ape keistimewaan & function HP baru aku nie.
Korang cari la sendiri. HEHEHE

CSL M525SL



Picnic at ULU YAM  

Posted by Mohd Norsham

Last week aku ngan member berpicnic kat ulu yam, sungai sendat nama tempat tue. Memang best la tempat ni. Dulu time muda remaja rajin gak lepak picnic ngan member2 kat sini. Banyak perubahan tempat ni, dulu masuk x kena bayar, skang dah kena bayar RM 1. Dulu jalan ya ampun teruknya, jalan balak la katakan, skang jalan dah elok, dah tar. Dulu tak ramai orang sangat sebab jauh masuk ke dalam hutan, skang ni hutan2 pon ramai dah orang datang. Ni semua plan ebah ngan buntat, thankz to both of them, make it happening. So malas nak citer panjang2 la. Tak de mood sebenarnye. Pluz bz ngan keje2 nak kena buat. so, layan je la gambar2 yang aku upload nie.. (tak bleh upload banyak2, server mcm h*****g skang nie) layanzzzzzzzz. ..


Lepak kat TIMES SQUARE  

Posted by Mohd Norsham

Hari tu aku trun KL nak lepak2 ngan membe2 aku. Awal pagi lagi aku dah sampai KL, lepak blik mmber aku kat IDFR tu. Mula2 plan nak g mid valley, tengok jalan jem semacam je, we all decide lepak time square je. actually tak plan asas pon, ikut suka ati je la nak pegi mana pon. HAHAHA. so sampai je kat TS, masing2 dah lapar tahap cipan, ape lagi meraban la cari makan. Cari punya cari, kitorang lepak makan kat chicken rice shop je.

Tengok la, penuh meja kitorang order. Melantak tak hengat punya. Ade package CNY, for 3-4 pax just RM 70++. So kitorang pon order je la. Makan sampai muntah. HAHAHA. Sampai sendat perut aku makan banyak2 nie.

Lepas makan kitorang trus ke BORDERS, nak cari buku. Membe aku ni nak exam PTD nanti, so kena la cari buku pengajian am. Study la ko sorang2. Puas mencari buku tu, takde pon. Kena pegi cari tempat lain la nampaknya.

Then kitorang tengok movie. ONG BAK 2. Full of action dan memang best la. 18sg movie, memang ganas dan banyak aksi bunuh membunuh. Tony Jaa still the best . Macam ne la dia boleh bertomoi macam tu kan. A 1000 vs the one & only. Korang pon mesti pegi tengok movie nie. memang tak menyesal la RM11 beli ticket.