Diharapkan iluminasi cahaya dapat memberikan inspirasi muzik kepada pengkarya muzik dan pemuzik serta membawa AJL23 ke tahap yang lebih tinggi selepas kejayaan AJL22 tahun lepas yang mencatatkan rating tertinggi dalam sejarah AJL. Dari reka pentas ke ‘opening gambit’, bagi saya, ‘it’s the best so far’. Ia mewakili tema iluminasi dan memberi penonton sesuatu yang berbeza dan unik,” kata Dato’ Amrin yang dijumpa selepas acara cabutan giliran persembahan AJL23 petang tadi yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama.
Hasil daripada cabutan tersebut, berikut turutan lagu yang akan dipersembahkan pada malam AJL23.
1. Bukan Disini – Sofaz
2. Lagu Kita – Aizat
3. Dusta Berkalang – Aiman
4. Cuba – Faizal Tahir
5. Yang Pernah – Estranged
6. Bila Nak Saksi – Spider
7. Doa Dalam Lagu – Zahid & Heliza
8. Sampai Syurga – Faizal Tahir
9. Hanya Di Mercu – Ayu
10. Aku Stacy – Stacy
11. Dingin – Ziana Zain
12. Kalis Rindu – Elyana
13. Persoalan Cinta – Farawahida
14. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain
Hadiah yang bakal dimenangi para pemenang:
Juara Lagu ke 23 – trofi dan wang tunai RM25,000
Juara Etnik Kreatif – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Balada – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Pop Rock – trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000
Vokal Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000
Tahun ini, AJL akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Malam berprestij itu juga bakal memperlihatkan persembahan dari M Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’ sementara One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan. AJL23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam pada 18 Januari. Acara ‘red carpet’ akan bermula pada pukul 7.30 malam dan anda dapat menyaksikannya melalui laman web www.tv3.com.my.
p/s: Aku dapat 4 tiket free, tapi malangnya tak dapat nak pergi disebabkan ada hal2 di saat2 akhir. Nampaknye tengok TV3 je la malam nie.