PRK Kuala Terengganu  

Posted by Mohd Norsham

Akhirnya setelah sebulan melalui proses berkempen, hari ni rakyat Kuala Terengganu telah membuat keputusan untuk memilih wakil baru mereka dari Parti Islam Malaysia (PAS). Dengan kemenangan itu maka pakatan Rakyat telah berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi. Abdul Wahid Endut wakil PAS telah menang bertanding 3 penjuru sekaligus mengalahkan pencabarnya iaitu BN dan Bebas. Walau ape pon pilihan rakyat di Kuala Terengganu, perjuangan bangsa MELAYU harus diteruskan. Janganlah disebabkan kita mempunyai perbedaan dalam fahaman politik, kita terkandas dalam menegakkan maruah ISLAM dan bangsa MELAYU. Buat wakil yang menang, diharap dapat la membela nasib rakyat yang masih dalam kekadasan. Buat la sesuatu perubahan untuk generasi akan datang. InsyaALLAH....


This entry was posted on Sunday, January 18, 2009 at 12:06 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment