KLU AKU TAK UPDATE BLOG TUE, MAKNYANYA AKU BUSY.. HEHEH..
Ok la, jumpa di entry akan datang. Ciowz Cin Ciowzzz
Huarggghhh...letihnya hari ni, banyak keje kena buat. Kali ni xde ape nak diceritakan just something that i pick from KAMAR RAHSIA. Haa?. Korang mesti nak taw ape tu kamar rahsia kan. Klu nak taw click KAMAR RAHSIA . Kali ni mari kita tengok sesuatu yang berkenaan tarikh lahir. Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kekuatan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. So mari kita mengira.
Erhm..entry kali ni nak citer skit la pasal DUIT. Kebetulan aku baru je dapat DUIT elaun program yang terkumpul 3 bulan lepas. Ade la skit2 dalam RM600++. Lama gak la aku tunggu DUIT ni masuk dalam account aku. Semalam dapt panggilan dari bos, dia cakap DUIT dah masuk. Terus aku check account. Yea yea...dah masuk!
KENAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI?
Kadang2 aku rasa terlalu berat ujian yang aku terima, walau aku tahu ujian ini adalah satu percubaan untuk ku. Bagaimana ujian sebegini berat harus aku lalui sedangkan kudrat yang hendak menempuhnya tidak sekuat dan sehebat ujian itu. Aku percaya setiap ujian & cubaan dari ALLAH kepada hambaNya adalah bertujuan menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Ape2 pon aku harus lalui ujian ini dengan tabah dan sentiasa memohon petunjuk dr ALLAH.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Aku selalu terpikir kenapa banyak benda yang aku idam2 kan dan aku nak sangat seringkali aku kecundang untuk mendapatkannya. Usaha banyak dilakukan, tapi masih tidak berhasil. Adakah bukan rezeki aku? sedangkan orang lain mudah dan sentiasa mendapat ape yang diinginkan mereka. Aku selalu buntu memikirkan hal ini.
SERING MERASA FRUST......
Ni satu lagi masalah yang sering aku hadapi. Kadang2 bila dah x dapat sesuatu, aku akan murung dan termenung seketika. Kira FRUST la kan. Banyak kali dah aku rasa FRUST ni. kadang2 aku tak boleh nak handle la. Tapi satu je aku slalu ingat, klu aku FRUST mcm ni, mungkin ade lagi yang FRUST teruk dari aku. So let go la.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Pernah kadang2 aku terpikir bagaimana aku nak hadapinya. Semua yang aku cuba buat tak menjadi langsung. Ada saje yang tak kena. Aku kadang2 jadi buntu la, sampai tak taw nak buat ape. Nasib baik la aku masih kuat semangat dan pegangan ISLAM masih menebal dalam diri. Sedikit sebanyak membantu aku menghadapinya.
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Manusia zaman skang ni lebih banyak yang "mengomplen" dari melakukan. bagi mereka ape la faedah yang didapati dari melakukan semua ni. aku selalu ingatkan diri aku bahawa setiap ape yang berlaku, dilakukan, atau terlaku, mesti ada sebab dan tujuan serta dapatannya. Jadi slalu la pikir ape yang dilakukan itu supaya ianya sesuatu yang berfaedah. baru kita akan dapat manfaatnye.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Kadang kala, bila jadi tidak keruan dan serabut aku akan ingat ALLAH, tuhan yang maha esa. Aku berdoa pada NYA, mengharap hidayah derta petunjuk dan keberkatan dariNYA. Percayala, hanya pencipta kita sahaj yang tahu seluruh isi hati kita. Jadi berbalik la kepadaNYA. YA ALLAH.
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Dan ada ketikanya aku rasa tidak tahan lagi dengan ape yang terjadi. Walau pelbagai usaha dilakukan, doa dan tawakal, masih tidak memberi kekuatan dalam diri. sehinggakan aku terfikir yang semua ini tidak boleh tertanggung lagi. Tapi, aku selalu terpikir lebih baik terus berusaha daripada berputus asa kerana orang yang berusaha lebih mulia dari yang berputus asa. Ya ALLAH berikan kekuatan pada ku untuk terus bertahan.