klu sebelum ni aku kena beratur panjang kat bank...but now...tak payah lagii... haha...hidup makin hari makin senang dengan kecanggihan teknologi kan..tapi kesenangan semua ni akan memalaskan kita... btul x??.....dah nama kemudahan...guna je la...kepala otak manusia gak yang cipta semua nie..

Dulu aku nak transfer duit and bayar bill tertunggak...aku kena beratur panjang ...skang dengan CIMB CLICKS....semuanya dihujung jari..ewahhh..promote plak...

Dulu nak bayar bill telifon and broadband..aku kena pegi maxis center..beratur panjang ngan mcm2 kerenah manusia...skang tak payah dah ..dengan maxis online bill payment...semuanya dihujung jari.mudah kan...hahaha...promote lagi...

Cadangan penubuhan telah diusulkan oleh sekumpulan wakil pelajar dari seluruh IPTA semasa program Kolokium Kebangsaan. Hasil perbincangan melalui mesyuarat pertamanya yang diwakili oleh setiap pengerusi dan ketua PRS IPTA, maka satu cadangan telah diutarakan iaitu untuk mengembangkan lagi peranan PRS bukan setakat di sekolah, IPTA sahaja, tetapi PRS haruslah diteruskan diperiingkat yg lebih tinggi. Maka dengan itu, dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menubuhkan PRS diperingkat kebangsaan dengan namanya telah diubah kepada PRB.
Dengan usaha beberapa rakan PRS di seluruh IPTA, makan PRB akan ditubuhkan pada tahun 2009 ( InsyaALLAH) dan akan menjalankan peranannya diperingkat kebangsaan. PRB akan didaftarkan sebagai Persatuan Pembimbing Rakan Belia Malaysia (PPRBM) dan akan bernaung dibawah Majlis Belia Malaysia, Kementerian BElia dan SUkan Malaysia. Dengan Komitmen beberapa pihak, nama PPRBM telah didaftarkan untuk memastikan persatuan ini mendapat pengiktirafan Majlis Belia. Walaubagaimanapon, mesyuarat kedua harus dijalankan untuk perlantikan jawatankuasa dan perstukturan penuh persatuan. Ini bagi membolehkan persatuan didaftarkan secara berstuktur dibawah Kementerian Belia dan sukan Malaysia dan mudah menjalankan peranan dan tugasnya.
Oleh yang demikian, mesyuarat kedua ini telah dicadangkan seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 Januari 2009
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Wisma Belia (YMCA) Kuala Lumpur
Penglibatan : Semua Pengerusi/Presiden/Ketua PRS IPTA se-Malaysia
(Ini adalah Cadangan awal, mungkin terdapat pindaan akhir. Akan diberitahu kelak)
Oleh yang demikian,pihak pengurus utama PPRBM berharap agar semua Presiden/Pengerusi/Ketua PRS IPTA se-Malaysia supaya dapat terus berhubung dengan kami bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Surat jemputan mesyuarat juga akan dihantar ke alamat IPTA masing2. Ini adalah maklumat awal penubuhan. Segala pemberitahuan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Sdr Shukri Husain (Shuk) : 017-5648153
"Bersama memajukan Belia Malaysia"

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Yuhhuuuuuu...nampaknya bertambah la koleksi bola bowling aku..tapi kali ni aku just tambah 2 biji je lagi..dan yang pasti ianya bukan bola baru la kan...xde duit dah nak beli bola baru...bola 2nd je..aku angkat dr mmbe aku budak UMKL..tak mahal sangat la..boleh la...lagi pon 2nd je...aku amik bola ni ni pon just suka2 ...nak try test bola2 jenama lain selain Track Cotender (My Beloved Ball)....hehehe Kat bawah ni ade la gambar2nya.....sila2 la tengok ye....Tapi jangan terkejut tengok keadaan bola nie...ni sebelum di resurface ...mmg nampak agak kotor n calar...aku dah hantar "service"...lepas nie berkilauan la bola2 nie..tggu entry seterusnya...aku akan tunjuk kan betapa kilaunya bola2 ku ini.....(intro entry je nie)....hehehe
Ha..ni plak bola 2nd yang aku tolong amik utk besfren aku ..si fazrul a.k.a joe ...dia kat johor skang....tak sempat nak blik..so aku tlg la belikan...haaa...nah amik...bola ko...hehe

p/s: sape2 yg kat luar tue nak beli bola or tengah cari 2nd ball...bleh roger aku..mana la taw..kot2 aku bleh tolong ...hehehe
Aduihh...dah 2 hari aku rasa x sedap badan...demam la ape lagi...pegi jmpa doc, xde ape2 masalah2 kesihatan..doc just said that i demam biasa je...batuk2 biasa....tapi badan ni letih sangat2..maybe banyak mende aku buat dlm mggu ni kott...ye la...banyak masalah nak kena settle..yang keje lagi....yang persatuan lagi...yang kawan2 lagi....aduihhhh....semua ni banyak plak masalah nye ....siang tadi tengah aku duk sibuk buat keje "kerani" kat opis aku tue... tiba2 dapat panggilan phone....private no...*********...terkejut gak aku ..sape plak la kan call pakai private nie.. then aku angkat la..
aku : hello...yes...
amoi : aloo..encik norsham ha....
aku : yes..i am...whos dis..
amoi : im from maxis centre...just call u to ask 1 question..
aku : yes...what ?
amoi : encik norsham sudah tukar maxis pospaid kan....so do u know how to check ur unbilled.??
aku : yes..of coz...just type a short code *100# rite??
amoi : then u can check ur ballance, coz we have already give u a 20 ringgit rebate and we have done bolt on ur maxis no with ur broadband no....
aku : owhh..really??...thank 4 ur information..i will check it later...
amoi : ok encik norsham...if that anything or any problem..just call us maxis center ok..
aku : ok...tq....
p/s : lebih kurang mcm tu la perbualan aku ngan amoi maxis tue..hahaha
hahaha...tiba2 je rasa letih badan hilang....heppy dapat rebate 2o hengget agaknya ...bleh la gayut ngan "dia" puas2...haha...kan best klu seminggu skali maxis call bg taw aku dpt rebate.. mau lebam telinga aku bergayut..hahaha....ape2 pon...hari ni ...mmg hari yg meletihkan..memenatkan...melesukan...dan berbagai2 lagi la....penatttttttt!!!
Korang semua mesti ade hobby kan...ape ek....bleh la kot nak kongsi2...actually aku ni mmg bowling addict .....tiap2 mggu mesti singgah bowling center....ye la...dah hobby aku berbowling...haha...kadang2 ngan kawan2....kadang2 keseorangan....yang penting aku heppy n semua masalah hilang bila main bowling ...really like it & enjoy so much...so sape2 yag kat luar tue pandai main bowling bleh la kita main sama2 nanti...huhu...stakt ni aku dah ade set sendiri. actually aku start berbowling ni dari form 1...mula2 just suka2 ....lastly jadi hobby plak...sampai sanggup melabur ribuan RM utk mendapatkan set sendiri...so nak kongsi la skit gambar set aku nie..:
p/s: tengah mencari bolabowling baru untuk koleksi tembahan...badget nak cari lagi 2 bj ..
Setelah lama menyepi.. dis is the time to restart again..almost 5 month aku tak post any article...really bz with my study n a lot of stuff 2 do...now aku dah pon free....just arrangging some job for my future...so xnak type panjang2 la...just wish u all the best of 2009 ....heppy new year n all de best ....
About Me
- Mohd Norsham
- Just Call Me SHAMZ. From Shah Alam Selangor. As An Easy Going Person. Really Enjoy With New Life. Love to Eat. Crazy for Love. Not So Yesterday but Always Up To Date Hantu Shopping or Shopaholic. Always Think Positive. Sometimes love to Smart. Good To Steady. Master of Planning. Not Master of Puppet.
Blog Chat
Radin Agro Ent
My Hobby
Every Thursday (8.30pm) : Century Logistic League / Every Tuesday (8.30pm) : Trios League
My Online News
My Network
Mohd Norsham
Kami Blogger : ID 637
Clock
My Schedule (March - April 2011)
Activity: Trip to batam
Venue: KL - JB - BATAM - JB - KL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 21st March 2011
Activity: Project Meeting
Venue: TPM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 26th - 28th March 2011
Activity: Trip to Bali & Mataram
Venue: University Mataram Indonesia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 1st - 4th April 2011
Activity: MicroAlgae Training Program
Venue: Algaetech R&D and Training Centre
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 10th April 2011
Activity: Meeting with Aus-biodiesel from Australia
Venue: Grand Season Hotel, KL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 12th April 2011
Activity: Mr Jean visit Project Site
Venue: Batam Site
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 27th - 28th April 2011
Activity: European Algae Biomass Conference
Venue: London
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hijrah Calender
Blog Pet
Fev Music
My Fevret Blog
Blog Archive
Categories
- 1 Malaysia
- 8 Nilai
- akhlak
- alor setar
- auku
- Azan
- Banjir
- Booster tekanan
- Bowling
- buku
- CBB
- ceria
- cerpen
- Cinta
- city plaza
- destinasi
- ellips
- enjoy
- exam. holiday
- firdaus
- gaduh
- gerakan mahasiswa
- Ghani
- gmma
- guardian
- harapan
- hari guru
- Hari ibu
- hati besar
- hati kecil
- HM tuah
- ibadat
- intro
- jalan-jalan
- janji
- ketentuan
- kfc
- khasiat
- lagu
- lebah
- lunch
- lux
- madu lebah
- mahasiswa
- makanan
- masalah
- matlamat
- mengeluh
- Miss call
- moral
- motivasi
- movie
- mydin
- Nak ke tak nak
- pahala
- parti politik
- Pattani
- pemimpin
- Penantian
- pengorbanan
- penyelesaian
- peraduan
- persahabatan
- petanda
- PMN
- promosi
- puisi
- remaja
- sabar
- saw
- sayang
- semusim
- shopping
- software
- solat
- Superman Return
- tauladan
- Thailand
- Tresemme




