BBQ Session: "Together We Care Our Friendship"  

Posted by Mohd Norsham

Hello & hye
Invitation Note ! Plz be alert!
To, PSA's, UUM's and all out there....
Program : BBQ SESSION
Date : 23th May 2009
Time : 9.00 am - 4.00 pm
Venue : Sungai Tua, Ulu Yam Selangor
Theme : "Together We Care Our Friendship"
Colour : Biru, Merah, Putih & Kuning (Warna Jalur Gemilang daa)
Collection Fee's : Rm12/pax
Last Date for comfirmation : 20th May 2009

For those yang excited or berminat nak join, plz inform me A.S.A.P before 20th May by phone:
Calling or SMS (012-6451884 / 013-5018681)
Thank Q

Gagasan 1 Malaysia : 8 Nilai-nilai Murni  

Posted by Mohd Norsham in ,

Assalamualikum sahabat ku semua.
Semalam, buat pertama kalinya aku membaca web site YAB perdana menteri kita yang telah diwar-warkan di dalam berita perdana TV3. Jadi kali ini aku ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan berkenaan 8 nilai-nilai yang telah di utarakan oleh YAB perdana menteri kita. Ternyata perdana menteri kita Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan pemimpin alaf baru dengan ideologi dan pendekatan lebih mesra rakyat.


8 Nilai-nilai yang telah diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri.

Dan di bawah ini adalah ulasan dan pendapat aku sendiri. HEHE :)

1) Ketabahan : Manusia yang mempunyai ketabahan yang tinggi dan kesungguhan abadi, tentu akan menjadi seorang manusia yang berjaya kelak. namun ketabahan ini perlu diselaraskan dengan jiwa yang murni dan ikhlas.

2) Penerimaan : Sesungguhnya manusia yang menerima mempunyai keberuntungan lebih dari mereka yang mengamalkan pemberian. Oleh yang demikian, jadilah manusia yang mampu dan mahu menerima ape sahaja ketentuan sama ada ianyan suka mahupon duka.

3) Pendidikan : Pendekatan penambaikan dalam sistem pendidikan menjurus kepada penaik tarafan sistem dan pembentukan prasarana pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa.

4) Integriti : Integriti yang wujud dalam masyarakat terutama mereka yang bergelar pemimpin dan pekerja amatlah perlu dihalusi bagi mewujudkan suasana keberkesanan dalam perlaksanaan tatacara perkhidmatan yang lebih bermutu.

5) Meritokrasi : Sistem yang sekian lama mewujudkan sedikit ketidak puasan kepada masyarakat bukan bumiputera dan ia perlu di kaji dan dihalusi semula bagi memperseimbangkan hak-hak antara masyarakat malaysia dibawah gagasan baru ini.

6) Rendah Hati : Perlu di amalkan dimana juga, tak kira masa, tempat dan keadaanya. Agama Islam dan intipatinya menggalakkan masyarakat di muka bumi ini supaya merendah diri dan merendah hati dalam ape jua situasi.

7) Kesetiaan : Kesetiaan antara kawan dan lawan perlu diwujudkan bagi memperkasakan satu gagasan masyarakat yang memperjuangkan agama, nusa dan bangsa.

8) Budaya Kecemerlangan : Melalui cara dan pendekatan "KPI" iaitu key performance indicator, ia sedikit sebanyak meningkat kan daya mutu kerja perkhidmatan awan dan swasta bagi membantu kerajaan dan negara bergerak ke depan setanding negara-negara maju.

p/s: untuk lawati web site YAB perdana menteri, sila click pada gambar PM di sebelah kiri blog ini. Sekian

Heppy Wesak Day  

Posted by Mohd Norsham

Happy Wesak day.

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia saya ucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Perayaan ini disambut rakan-rakan kita yang umumnya pengikut Mahayana dan Theravada bersempena hari kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu. Kepada mereka yang meraikannya, saya harap raikan lah dalam keadaan yang sejahtera dan berdampingan dengan keluarga tercinta. Heppy Again!

Special For My Mum  

Posted by Mohd Norsham

This is special for my mum for mother day celebration on 10th may.
A green sweet cup cake.
Chocolate moist.
This is special for u mom!
kek yang telah di masukkan dalam kotak. mmg cantik kek yang sue buat untuk my mum nie. rasa pon sedap sangat. Mmg ikut tema warna kesukaan mak aku la iaitu hijau. Ape ape pon thank so much to sue make it awesome. really nice cake, the taste also sedap and the best is design kek tu, mmg cute2 je. hehehe

So, sesiapa yang nak order sweet cup cake bleh la layari blog sue at sweetsuecupcakes
thank & kredit to sue (my luvly frenz 4ever)

ROBOCON 2009  

Posted by Mohd Norsham


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan SIRIM Berhad (SIRIM) telah menganjurkan Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan setiap tahun mulai tahun 2002. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan teknologi robot di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran, inovasi dan daya kreativiti mereka dalam bidang penciptaan robot.


Pada tahun 2009, dianggarkan sebanyak 72 pasukan akan mengambil bahagian berbanding dengan 64 pasukan pada tahun sebelumnya yang melibatkan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta, politeknik dan juga pusat-pusat latihan. Pertandingan ini akan diadakan pada 5 hingga 10 Mei 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam. Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan diadakan di Tokyo pada 22 Ogos 2009

(lakaran Track ROBOCON 2009)

Tadi aku telah berkesempatan utk melihat pertandingan saringan ke 3 ROBOCON 2009. Terdapat lebih kurang 64 pasukan yang terdiri dari IPTA/S di Malaysia memasuki pertandingan ini. Dari ape yang aku lihat, pertandingan begini amat manarik dan perlu diteruskan selalu kerana ia bakal mencungkil kegemilangan roboties di Malaysia. Pasukan fevret aku tadi adalah dari MMU, mmg sempoi la pengendalian robot diorang. Smooth je dari starting point ti the end of track, mmg best n gempaq.

Ibu Engkau lah Ratu Hati Ku  

Posted by Mohd Norsham

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Segalanya hanyalah untuk ibu ku
Ibu, kau insan yang paling istimewa dalam hidup ku
Tanpa mu, hidup ku tiada bermakna
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Sayang ku untukmu hingga hujung hayat ku


Satu Malaysia  

Posted by Mohd Norsham

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Holiday Season  

Posted by Mohd Norsham

27 hb yang lalu, aku telah bertolak ke UUM kedah, kembali ke hutan sintok dengan satu tujuan utama iaitu menghantar laporan. Alhamdulillah, semua report aku settle tepat pada masanya dan selamat dihantar pada penyelia aku. So skang baru la lega rasanya hati bila semua bebanan sebagai seorang student dah takde. So skang aku tunggu masa untuk konvo je lah. HEHE. So nak citer la skit holiday season aku kali ni. Sampai je UUM, aku trus tumpang menginap kat blik membe aku. Seminggu gak la duk lepak kat UUM nie. Jumpa kawan2 lama, best plak rasanya. Lepak sama-sama, BBQ sama-sama, Jalan-jalan sama-sama, Huh....memamg best la, sebab duit keluar macam ayaq (air).

Actually aku plan duk UUM lebih kurang seminggu, then trus balik Kl coz leageu aku tak settle lagi. But im decide to visit my grandma 1st at perlis. So esok (Jumaat), aku akan ke perlis and maybe stay kat umah nenek aku about 1 week. HUh..tak dapat gak la nak balik KL awal. So kali ni aku just jalan-jalan2 area kedah and perlis je. My cousin ade ajak g hatyai, tapi duit tarak, so tarak boley pegi la. HEHE..