Going Further With NEOVEC ENT.  

Posted by Mohd Norsham


NEOVEC ENTERPRISE
(SA0125106-W)
Training & Development Team


Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu dengan penuh kesabaran dan pelbagai dugaan serta ancaman, akhirnya pada jam 3.30 petang 29 Mei 2009, NEOVEC ENTERPRISE selamat didaftarkan dibawah akta syarikat 1956 di SSM Selangor. Terima kasih kepada rakan kongsi aku iaitu Hakiim, Anwar & Fazrul yang sentiasa memberi yang terbaik untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Korang memang the best la! Skang masa untuk sama-sama kita develope bisnes ni.

Dan pada hari ahad yang lepas kami berempat telah berkumpul dan bermesyuarat di Premis perniagaan yang terletak di seksyen 7. Pelbagai perkara di usul dan dibincang dan yang paling penting buat masa ini ialah perlaksaan dan pengendalian perniagaan dan juga program2. Setakat ini semuannya berjalan lancar, Alhamdulillah!. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni kita akan organize beberapa program. Next month kena pikir pasal training center yang nak bukak kat Hulu Langat, Tempat dah survey, cuma tunggu kelulusan loan je. InsyaALLAH, jika tiada ape2, dan di izinkan ALLAH, kami pasti berjaya. Kawan2 kat luar tue, doakan kami ye! Sama2 kita berjaya.

Temporary web site : www.neovec..com.my (click pada link utk ke web site kami)


One & Only - Mohd Norsham

Kepemimpinan Luar Biasa  

Posted by Mohd Norsham in

Al-Farabi

Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri ).

Ibn Khaldun

Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah.

Al-Ghazali

Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna.


Secara Kesimpulannya !!

Perlu dinyatakan disini bahawa tidak semua manusia yang serta-merta memiliki semua ciri-ciri yang telah disebutkan,kerana itu sangat penting bagi seseorang pemimpin untuk menganalisis diri sendir untuk melihat ciri-ciri kepimpinan apa yang telah dimilikinya dan ciri-ciri apa yang masih perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik pendidikan yang bersifat formal ataupun sebaliknya.

Islam melarang pemimpin menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk.Pertama, menggunakan jawatannya untuk kepentingan kebendaan dan menerima rasuah.Larangan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis yang bermaksud; “Bahawa Allah Taala melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah”.Kedua ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih.Contohnya memberikan perkhidmatan dengan mendahulukan orang terkemudian dari yang sepatutnya didahulukan kerana kekeluargaan, sahabat dan untuk yang dikasihi.

p/s: Jika mahu jadi pemimpin, jadilah pemimpin luar biasa berjiwa besar!


One & Only - Mohd Norsham

"Kenapa Ko Tak Mau Kawen Lagi ek?"  

Posted by Mohd Norsham

Haha. Aku rasa entry kali ni sedikit berbeza n menarik kot. Its just sumthing that realy make me open my mind just for a second. Actually, baru2 ni aku lepak ngan classmate aku time skolah dulu. Biasa la lama tak jmpa, then hang out skali sure la banyak citer yg dibualkan. One of the story yg termuncul malam tu pasal KAWEN. hahaha. Salah satu soklan fevret aku dapat malam tadi ialah "kenapa ko tak mau kawen lagi ek?.....Adoi...soklan termaut mggu ini! perlu la aku jawab secara teori skang nie. And the reason why aku tak mau kawen lagi is :


"Duit lum cukup lagi"

Aku nak bagi dalam bank aku cecah 7 angka dulu. Atau aku dapat gelaran MILLIONAIR. Baru aku leh pikirkan perkara "KAWEN"

"Nak beli kereta dulu baru"
Aku nak beli honda CRV lama dan nak modified jadi storm rider dulu. Hahah

"Tak datang seru lagi kot"
Ntah la, awek tukar 3, 4 kali dah, tapi seru tak sampai2 lagi. Mungkin aku kena tukar pasangan lagi kot. Hahaha. sape nak jadi yang ke 5?? angkat kaki!

"Nak cari keje tetap dulu"
Buat masa skang ni aku just frelancer je, buat keje2 atas angin dan untung pon atas angin je la. Nak kena cari keje tetap dulu, baru leh tanggung anak org. Klu tak nak bg makan ape ?

"Belum bersedia la"
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

"Ilmu tak cukup la"

Orang kata kawen ni nak kena ada ilmu. Tapi ilmu ape ek? haha. Owh....ilmu ketua keluarga, ilmu seorang suami, ilmu seorang bapa, ilmu batin zahir sebagainye. HAHA

"Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la"
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung. Memang aku la nak kena tanggung semua nanti. Adeke pompuan tanggung laki? Tak sesuai langsung ar.

"Jodoh tak sampai lagi kot"
Dulu pernah gak awek no 3 ajak tunang dulu, hahah. Lawak2, mungkin belum jodoh lagi, aku pon xmau la tunang awal2. sebab banyak lagi pilihan kat luar tue. Sampai jodoh nanti kawen la aku nie kan.

"Nak set up bisnes sendiri dulu"
Ni lagi satu perkara penting yang aku kena lakukan sebelum kawen. Set up my own business! Tapi entah bila la masa dan ketikanya business bleh diset up dan maju. Klu time umur 40?? tak kan time tu baru nak kawin kan. Kena pikir balik nie. HAHAHA

"Nak carik yang solehah dan taat pada ibu bapak dan keluarga"
Dulu awek aku yang ke 2 memang agak solehah la! malangnya aku tak pandai jaga dia. nak buat macam ne kan, last2 kami berpisah. nak cari macam tu lagi, susah la.

"Nak sambung belajar lagi la"
Actually awek aku skang ni ade master, so tak kan aku ni degree holder je. So, kena la tanamkan azam sambung master supaya aku ngan dia sama2 master. hahaha


Aku rasa tu je la kot alasan sebab musabab kenapa aku tak mau kawen lagi walaupon umur dah 25 tahun. membe aku yang sebaya ngan aku pon ramai yg dah kawin. HAhAH. sampai bapak aku pernah perli aku, bapak aku cakap " dulu time umur dia 25 tahun, dia dah dapat aku" ....aiyo itu dulu la pak, haha skang lain. umur 35 pon ade yg bujang lagi taw. mak aku , nenek aku ngan makcik2 aku slalu gak tanya bila aku nak kawen, senang je aku jawab :
" BILA SAMPAI SERU, KAWEN LA NANTI"


One & Only - Mohd Norsham

Letih + Busy = Tension  

Posted by Mohd Norsham

What a day....

Hari ni aku rasa letih sangat sebab asyik memikir pasal NEOVEC ENT je. Business baru nak naik mmg banyak la nak kena run. Nasib baik ade 4 orang rakan kongsi yang sudi berkongsi suka duka. Actually, kebelakangan ni aku terlalu busy dengan progress utk training and development specialize to human capital accesment.

Banyak plak perkara nak pikir bila nak buat menda2 macam nie. 6 tahun dulu xde plak aku rasa letih + bz macam ni skali. Maybe that time aku just follow the consult comp je. But now, im the one of owner, so busy mmg la tahap gaban. Macam2 nak kena pikir, dari "A" sampai "Z". Supporting team pon tak dapat lagi, consult advice pon masih dalam perbincangan.

Tapi, xpe la. Orang kata alah bisa tegal biasa kan. Benda2 macam ni dah biasa cuma sedikit letih dan busy yang menyebabkan aku jadi tension seketika. Hehehe. Hopefully semua usaha ini akan berbaloi dengan jutaan ringgit la. Ape2 pon, hidup mesti diteruskan dan yang penting hidup mesti.....Enjoyyyyyy!!!

Letih + Busy = Tension

Sabar + Usaha = Kejayaan

Tension / Kejayaan = Kecemerlangan dan Keuntungan

OOppss...betul ke formula aku nie ???

Quote of The Day  

Posted by Mohd Norsham

"Look at a day when you are supremely satisfied at the end. It's not a day when you lounge around doing nothing, it's when you've had everything to do and you've done it!"
Margaret Thatcher

"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover."
Mark Twain

"The best motivation is self-motivation. The guy says, I wish someone would come by and turn me on. What if they don't show up? You've got to have a better plan for your life than that."
Jim Rohn

"Leadership is a dynamic urban organization that enriches lives, emboldens confidence and expands options by building strong leaders in communities"
Mohd Norsham

Prosper Siswazah PNUB : Permohonan Diterima  

Posted by Mohd Norsham

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Permohonan aku untuk pembiayaan perniagaan di bawah skim prosper siswazah PUNB telah diterima dan secara tidak langsungnya, langkah pertama aku dalam proses permohonan ini telah berjaya. Seterusnya aku telah diminta untuk menghadiri satu kursus penilaian program pembiayaan. InsyaALLAH esok jam 8 pagi aku akan ke Majlis Perbandaran Klang untuk menghadiri sesi taklimat dan penilaian.

Actualy aku bercadang untuk membuka satu training center yang memfokus kepada latihan dan pembangunan modal insan pelajar sekolah dan mahasiswa. Dah lama aku dan rakan2 aku bercadang nak membuka training center ni. InsyaALLAH, kami akan berusaha sehingga berjaya. Mohon rakan2 di luar sama mendoakan kejayaan kami dalam merialisasikan impian ini. Anda yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim prosper siswazah ini boleh mendaftar secara talian terus melalui laman portal www.punb.com.my

Guru Pembinan Negara Bangsa  

Posted by Mohd Norsham in

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru dan pendidik. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai laporan razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Pada tahun 2009 ini, tema yang dipilih sempena hari guru adalah : "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sempena hari guru yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada beberapa orang guru dan pendidik yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat serta dorongan pada diri aku dari dulu sehingga sekarang. mereka ini tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar mereka kepada aku. Mereka yang aku sentiasa hormat sebagai guru dan pendidik aku sepanjang zaman adalah :

Tuan Hj. Shahrin Bin Ahmad (Kaunselor Kanan di UUM)

En. Norizan Bin Md Isa (Guru & Pegawai Pendidikan Kubang Pasu Kedah)

Dr. Norhayati Binti Zakaria (Pensyarah Kanan UUM)

En. Yusrizal Sufardi Bin Mohd Yunan (Pegawai Pendidikan Putrajaya)

Kepada mereka ini, selamat hari guru aku ucapkan. Semoga ilmu dan tunjuk yang di berikan di berkati Allah hendaknya. Tiada ape yang dapat ku balas , hanya berdoa agar dikau sihat dan bergembira selalu di samping keluarga tercinta. Teruskam usaha mu itu mendidik anak bangsa. Terima Kasih GURU!

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009  

Posted by Mohd Norsham

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah memaklumkan akan menganjurkan sebuah Karnival Kerjaya pada 15-17 Mei, 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Karnival itu akan menyediakan satu platform bagi untuk memahami trend terbaru dalam pasaran pekerjaan.

Lebih daripada 500 buah syarikat akan menyertainya dan temuduga berlangsung di tapak karnival itu juga. Lebih daripada 5000 jawatan adalah menunggu untuk dipenuhi untuk para siswazah. Untuk lebih maklumat sila lawat http://www.mycef.com.my