HADIAH dan MAKSUDNYA  

Posted by Mohd Norsham

Pernah tak korang terpikir tentang maksud sebenar sesuatu hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada korang ? Terutamanya orang yang teristimewa dalam diri korang. Erhm, mesti slalu tertanyakan, Ape la agaknya maksud dia ni bagi hadiah kat aku?. Ha, kali ni kita tengok plak maksud hadiah2 yang diberikan.

JAM TANGAN
- Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG
- Tanda mesra
RANTAI LEHER
- Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG
- Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT
- Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN
- Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG
- Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI
- Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR
- Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU
- Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA
-Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT
- semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN
- mengabadikan cinta dalam bentuk yang kekal.
SEJADAH DAN ALQURAN
- tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE
- Dia ingin slalu bersama mu dan sentiasa berhubung dengan mu

So lepas ni klu nak bagi hadiah kat seseorang atau menerima hadiah dari seseorang, korang taw la kan ape maknanya. Hayati dan "appreciate" la sepenuhnya hadiah itu. EHEHEHE.Bila la nak dapat hadiah lagi nie?.

p/s: Thank & Kredit to WANIE coz bagi aku copy this article from ur blog. Thank Gurl!

Pilih ! JANGAN tak Pilih  

Posted by Mohd Norsham

Kali ni aku nak memperkenalkan pada korang semua sebuah buku motivasi terbaru bertajuk 'Pilih Jangan Tak Pilih' yang mana buku ini banyak menceritakan kisah2 tauladan yang boleh dijadikan pegangan pada kita.Kadangkala kita rasa terpaksa dalam melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Kita merasa tiada pilihan untuk melakukan perkara yang kita suka. Semuanya dilakukan kerana terpaksa, sama ada untuk menjaga hati seseorang, atau untuk menyelamatkan diri sendiri. Sering juga kita membiarkan orang lain ataupun situasi semasa yang menentukan apa yang perlu kita buat, dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Adakah itu yang sebaik-baiknya? Membiarkan perkara lain menentukan kegembiraan dan keseronokan diri kita yang sepatutnya menjadi hak kita?

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi yang disasarkan kepada mereka yang pemalu, penakut, tidak mempunyai keyakinan diri dan sering merasakan terpaksa dan tiada pilihan dalam kehidupan. Pengisiannya tidak lain daripada ingin membantu dan mendorong individu warganegara Malaysia yang masih berada dalam ruang selesa masing-masing tetapi di lubuk hati mereka terasa ingin untuk menjadi seorang yang berkeyakinan diri, berwibawa dan cemerlang. Info buku seperti berikut :-




Judul : Pilih Jangan Tak Pilih
Pengarang : Azzah AR (Azzah Abd Rahman)
Penerbit : Digital Apprentice Management Services
Genre : Motivasi
Mukasurat : 156 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789834375607



Lil Bit About LIBRA  

Posted by Mohd Norsham

AKU dan OFFICE  

Posted by Mohd Norsham

Erhm. Entry kali ni just nak citer skit je pasal opis aku tue. Lately ni banyak plak keje2 nak kena buat, bos aku dan bos kepada bos aku plak asyik off day & out station je. So banyak la keje mereka yang aku dan officemate aku yg lain tu nak kena tolong settlekan. LETIH beb! Department aku ni memang banyak keje, biasa la Training & Corporate Department, so banyak la meeting2, training2 dan yang seangkatan dengannya perlu dilaksanakan.

<-------Aku di Office

Kerja memang banyak, tapi officer kat department aku ni ade la dalam 10 orang. Masing2 jadi lipas kudung la bila kerja melambak, terlari sini sana. Time kerje banyak + menimbun, kami dah tak reti berjalan, semua berlari je. HEHE. tinggal tak melompat2 je lagi.



<--Meja aku yang serabut


Ni la dunia pekerjaan, penat tak terkata! Kena plak klu dapat kerja last minit & nak kena settlekan secepat mungkin, memang HAMPEH la kan. Balik comfirm la lambat, kadang2 time lunch pon tak kluar, mengadap kerje punya pasal. Dulu time blaja ENJOY je, pegi kuliah, balik buat assignment. Sampai masa hantar assignment pastu amik EXAM. Hujung2 minggu je mesti free bleh kuar jalan2 ngan kawan. Tapi bila dah keje ni, lain plak kaedahnya. Tapi biasa la, dunia pekerjaan ni memang la banyak perbezaannya dari belajar dulu kan. HEHE. Tak kesah la, janji ROCK.


Ape ade atas meja?
-Laptop Spider aku.
-Printer Canon Pixma Bj 1000
-Maxis Broadband
-Buku Log Tugasan Harian
-Document @ Tugasan yang dah siap dan belum siap.






Happy CHINESE NEW YEAR 2009  

Posted by Mohd Norsham

WISHING YOU JOY, HARMONY & GOOD FORTUNE


To All my friends out there especially penganut buddha, wish u guys a very happy Chinese New Year. Lots of JOY & HARMONY EVER. All da best & Good Luck for future.

Tahun 2009 ni kalau menikut kelender cina, adalah tahun lembu (seladang). Sesiapa yang lahir tahun ni mesti seorang yang sangat tenang, seorang yang sangat cool, seorang yang bersungguh-sungguh dan yang paling penting dia mestilah seorang yang berani mengambil risiko. Heheh. Klu tak percaya korang cari la apek2 or amoi2 yang lahir tahun lembu nie.

Setakat ni aku dah dapat RM250 (ANG POW) dari agen import/eksport kat tempat kerja aku tu. Best gak kan dapat duit banyak2 nie. Tapi kena la buat baik ngan diorang. Ni ANG POW taw, bukan RASUAH. Tak main la RASUAH2. BERDOSA + BAHAYA. Ok la. Selamat Tahun Baru Cina. Happily Ever!


So TIRED! Ape Ape Aje La  

Posted by Mohd Norsham

Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan sepanjang bulan JANUARI ni. Banyak plak perkara2 yang aku kena buat, harus buat, wajib buat dan mesti buat. Huhhh. Dan ade gak la perkara2 yang aku diharamkan buat. Ape perkara2 tu ek. HEHEHE. Nak kongsi skit la ape yang memenatkan aku minggu ni;

TEMPAT KERJA :
Minggu ni adalah minggu pelbagai taklimat & kursus penting, jadi setiap hari ade je keje yang nak kena buat + meeting yang nak kena attend. Memang penat la kan, lepas satu kerja, ade je kerja lain nak kena buat. Sampai terpaksa blik lewat dari officer lain. Tapi xpe la, tu semua dah memang tanggungjawab aku, so kena la settlekan. Aku kan SETIAUSAHA KERJA (SUK) kepada Pen. Pengarah Jabatan. Hehehe. So macam2 la nak kena tolong bos aku ni buat keje. Memang la sangat2 meletihkan.

TRAINING BOWLING :
Minggu ni gak aku sibuk ngan training bowling. Hampir setiap malam ade je training ngan member dari malaysianbowler.com dan bincang.net dan mesra.net. Training ni pon as a prepairation untuk torney awal bulan 2 nanti. Penat memang la sangat penat, lepas keje je terus ke SUMMIT USJ. Tangan abis lenguh2, pinggang sakit2, rehat pon tak cukup. Tapi xpe la, untuk dapatkan pencapaian terbaik semasa memboling, aku kena la rajin2 training. Tak gitu SIFU?

OUT STATION :
Minggu ni gak aku kena OUTing 2 kali dan sudah pasti la diluar kawasan pejabat aku kan. Ni memang la letih, klu aku outing sebab urusan kerja aku tak pe la jugak. Ni aku kena outing sebab kena settlekan kerja orang lain. Klu aku tak tolong buat, alamat lingkup la PRESTASI jabatan. Hari Isnin aku kena pegi Wilayah, dapatkan maklumat berkenaan Majlis Prestij Jabatan. Pastu hari khamis plak aku kena pegi SUK SELANGOR, jumpa pegawai protokol negeri untuk dapatkan maklumat susunan keutamaan persekutuan dan susunan keutamaan negeri. Aku ni dah jadi macam pencari maklumat plak. Penat gila buat kerja orang, lain la klu ade UPAH kan. HAHAHAHA.

Kadang2 perkara yang kita tak duga & kita tak rancang akan berlaku sampai mengakibatkan gangguan terhadap emosi + kesihatan kita. Ape2 pon kita kena la ade semangat yang tinggi kan supaya dapat atasi semua masalah. Tapi nasib baik la hujung mggu ni cuti 4 hari (CNY), bleh la aku relex puas2 sampai menenagkan fikiran yang slalu tak tenang nie. fikiran tak tenang? Pasal ape ek. Tunggu cerita selanjutnya di entry akan datang. Sekian. HUHHHHHH..PENAT!!!




Index CEMBURU horoskop LIBRA  

Posted by Mohd Norsham

Kali ni mari kita tengok plak index-index cemburu seorang insan bernama LELAKI. Kalau sebelum ni asyik tau pasal cemburu PEREMPUAN je kan. So, lets look what is JEALOUSY mean by MEN. Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Sama ada cemburu itu kearah kebaikan atau menuju kearah kejahatan. HAHAHA.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki yang dilahirkan berbintang LIBRA (bintang aku la nie);

LIBRA
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.



Untuk index cemburu yang lengkap mengikut HOROSKOP masing-masing sila click RAHSIA SEORANG LELAKI


Nasib Kategori ETNIK KREATIF pada AJL 24  

Posted by Mohd Norsham

Baru2 ini pada AJL 23, pelbagai kontroversi dan kospirasi telah timbul menyebabkan wujudnya ketidakpuasan hati beberapa pihak. Persaingan antara kategori juga tampak agak hambar berbanding tahun2 sebelumnya. Lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar pula menjuarai kategori balada manakala penyanyinya, Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik sementara kategori etnik kreatif dijuarai lagu Persoalan Cinta. Berbanding kategori pop rock dan balada, ada yang beranggapan saingan lagu menerusi etnik kreatif kurang menyengat dengan hanya tiga lagu layak ke AJL23 iaitu Persoalan Cinta (Farawahida), Doa Dalam Lagu (duet Zahid bersama Heliza) dan Dusta Berkalang (Aiman).

Lagu Persoalan Cinta adalah ciptaan Julfekar bersama Ku Seman dan Izza Rosley. Pada persembahan malam itu, Farawahida tampil seperti maharani Cina yang menyanyi sambil diiringi ramai penari. Namun, di sebalik kemenangan lagu ini, ia memberi gambaran sambutan penyanyi kategori etnik kreatif makin berkurangan berdasarkan faktor penyertaan lagu yang bertanding. Persoalan yang bermain di fikiran, apakah komposer tempatan kekurangan idea menghasilkan lagu sebegini atau peluang lagu ini bertanding terhad.

Etnik kreatif menerusi AJL23 mula diperkenalkan sejak 2000 menggantikan Irama Malaysia. Lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Jamal Abdillah dan M Nasir pada 1997, Cindai (Datuk Siti Nurhaliza, 1998), Balqis (Siti Nurhaliza, 2000) dan Mimpi Laila (Yassin, 2001) pernah menang Lagu Terbaik. Namun, mutakhir kategori ini seolah-olah seperti melukut ditepian gantang apabila hanya tiga lagu yang layak bertanding berbanding kategori lain lima dan enam lagu.
Apakah nasib kategori ini pada tahun hadapan? Diharapkan lebih banyak komposer dan penulis lirik tahun ini akan lebih cenderung untuk menghasilkan karya etnik kreatif.

Artikel dipetik / disunting daripada : www.hmetro.com.my