2011 yang sangat busy  

Posted by Mohd Norsham


Dah lama sangat rasanya tak usik blog aku ni.. since aku menjadi "career man" sampai ada makhluk yang gelarkan aku "Mr Busy" ni, wah jadual dan masa aku sangat la ketat, sendat, padat dan seumpama dengan nya la.. malam ni rajin plak aku nak usik blog yang dah bersawang bagai ni .

Anyway, just to Hye and Hello to all blogger's yang ada kat luar tu.. maybe this is my starting point for 2011.. start membelai diri untuk memblog semula.. haish... sempat ke? ada masa ke? ...itu soalan biasa je.. bila ada masa nnt aku karang lagi la..

Mood : tak bape nak stabil..sebab sakit perut seharian ... salah makan ape ntah.. haish..

YOU are the only one for ME  

Posted by Mohd Norsham


Aku terlalu rindu kan dia...aku terlalu sayangkan dia..
she the only one for me..she always make me happy...
always make me cry...and..always in my mind..
forever...

Apabila Badan & Hati Berbicara  

Posted by Mohd Norsham

Seringkali badan ku lemah memikirkannya, semangat dan kekuatan ku hanya ade padanya dan ku tahu hanya dialah kekuatan dan semangat ku di saat ini. Hati ku pula sering tak keruan dan resah memikirkannya. Hati yang keresahan , jiwa yang kegelisahan dan raga yang kehambaan...Berbicaralah mereka..........

BADAN; wahai hati, kenapa kau wujud dalam diriku?

HATI; aku dicipta olehNya supaya aku sentiasa menemanimu dan menjagamu dalam semua perkara.setiap pergerakan dan keputusan mu, aku akan membantumu untuk
membuat pilihan yang mana baik dan buruk.

BADAN; tapi kenapa kadang kala kau menyakitiku?sehingga aku tidak bermaya.

HATI; kerana kau bukan manusia sempurna.kau tidak mampu menyempurnakan dirimu sepenuhnya. kadang2 kau lemas, kadang2 kau tangkas bangkit berdiri menjulang tubuh mu...

BADAN; wahai hati... kenapa dia muncul dalam hidupku?

HATI; kerna dia ingin memberimu sedikit kenangan.simpanlah kenangan itu jauh disudut hatimu meskipun ia hebat untukmu...kepahitan??...te

tapi percayalah, dalam kepahitan itu lah ade kemanisannya..

BADAN; kenapa kau sanggup timbulkan satu perasaan yang akhirnya menyeksa diriku? kau kejam hati!

HATI; wahai badan, aku tidak menduga pengakhirannya begini kerna tugas ku hanyalah untuk membahagiakanmu.

BADAN; tapi tidakkah kau tahu dia sudah memiliki kekasih saat pertama pertemuan antara aku dan dia.dan kau juga tahu bahwa dia milik kekasihnya.kenapa tergamak kau membuatkan aku sayang dan cinta padanya? tidakkah kau tahu tindakan kau ini hanya akan merosakkan hubungan mereka wahai hati.sehingga akhirnya aku terseksa.

HATI; janganlah kau salahkan ku wahai badan.kau yang merapatkan dirimu dengan dirinya sehingga aku dapat bermesra dengan hatinya dan akhirnya membuat keputusan untuk menimbulkan perasaan kasih sayang antara kau dan dia.aku bersatu dengan hatinya supaya kau dapat saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain.

BADAN; kau penipu wahai hati! jika benar kau telah bersatu dengannya.kenapa aku jadi begini?aku tidak pernah menyakiti hatinya malah aku selalu membuat yang terbaik untuknya sehingga segala masalah telah ku ceritakan padanya.aku telah memberi kepercayaan padanya.aku tahu kau tahu wahai hati kerna kau berada dalam diriku.

HATI; sabarlah wahai badan.bukan niat ku untuk menipumu..hatinya telah memberi janji padaku dan akhirnya dirimu yang terseksa...aku cuba untuk menimbulkan perasaan sabar dan tenang untukmu malah aku telah sampaikan pesanan pada nalurimu.... tapi.. apakan daya,sedangkan diriku juga menjadi tak keruan...

BADAN; hurm... wahai hati..sehingga aku menangis untukmu tiap saat dan ketika dirimu mengenang nasib..wahai hati, dulu aku penah bertanya pada kau sampai bila dirimu akan terus begini? kerana kau membuatkan aku sangat terseksa.. dan kau telah menjawap"sabarlah wahai badan,ini ujian untukmu.tuhan maha adil.kau akan tahu jawapannya satu hari nanti dan bersedialah menerima jawapan itu kerna selepas itu aku akan timbulkan perasaan yang aku sendiri tidak pasti sedih atau gembira"....

HATI; aku akan sentiasa mewujudkan suatu perasaan yang terbaik untuk mu wahai badan, kerana ku tahu, segala ape tindakan aku akan memberi impak yang sangat besar untuk dirimu..janji ku pada mu adalah untuk membahagiakan kau , dan aku akan membahagiakan kau nanti.

BADAN; wahai hati,pada usia ku begini , layakkah aku menerima ujian ini.sepatutnya kini aku sedang gembira dengan seorang yang aku kasihi. sepatutnya aku melayari kehidupan yang penuh dengan kegembiraan ...tapi...hidup sering kali tidak adil..tidak adil...

HATI; janganlah kau pertikaikan ujian allah.malah bersyukurlah karna kau adalah hambanya yang terpilih untuk menyahut ujian ini.buktikan lah pada yang esa dan sekelilingmu yang kau telah berjaya menjalani ujian yang sangat menyakitkan ini.jangan lah kau tewas hanya kerana seorang perempuan yang kau amat sayang..tetapi kepastiaanya entah dimana...

BADAN; mujurlah aku mempunyai sekeping hati yang mulia sepertimu.mujurlah kau seorang yang penyabar.wahai hati, aku redha ... aku adalah orng ketiga dalam hubungan mereka,aku sanggup hadapi semua ini walaupun ku tahu jauh disudut hati aku tidak tahan menahan sedih dan sebak....aku insan yang tiada ape2 untuk dirinya...ku tahu dirinya akan bahagia kelak...bahagia dengan aku ke..atau cuma aku yang???....menanggung perasaan dan hati yang lara..aku ingin sekali bahagia bersama2 dia...

HATI;sabarlah wahai badan...sabarlah... jika kau dipihak yang benar..tuhan sentiasa di sisimu..jdikanlah kejadian ini sebagai pengajaran buatmu agar kau lebih sabar dan tabah...simpanlah kenangan ini kerna ia terlalu indah untukmu..jika tuhan mengatakan itu jodoh mu, ia tak kan kemana... suatu hari nanti aku pasti bersatu dengan hati nya..jika tertulis begitu, begitu lah jadinya...

BADAN; terima kasih hati, kau selalu mententeramkan aku ...kau amat sayang aku hati..aku juga amat sayang kan kau hati..hati, kita berusaha ye...insyaALLAH, kalau dia lah takdir utk hidup bersama ku, kau doakan ye...kau la pengubat keresahan ku selama ini..

HATI; aku sentiasa disisimu dan aku akan cuba mengubati lukaku agar kau tidak terseksa lagi.bekalkanlah aku zikir munajad dan ayat suci al-quran agar aku dilindungi daripada iblis yang hanya akan menghancurkan dirimu.sesungguhnya cinta pada allah adalah cinta yang paling agung...kenangan kau dan dia menjadiakan kau lebih matang untuk teruskan hidup..

BADAN; terima kasih wahai hati. akan ku cuba mengubah nasibku. akan ku harungi hari hari mencabar ini bersamamu......walau ku tahu diri ku masih menyayanginya, masih menyintainya dan sangat2 sayang kepada dirinya...Jika dirinya merasa sepeti yang aku rasa, kau satukan, kau dekatkan hati ku dan hatinya supaya ianya boleh bersatu menjadi satu...

HATI; aku selalu merasakan hati nya adalah hati ku, dan merasakan jiwanya adalah jiwa ku...jika bertullah perasaan ku ini, jangan kau risau badan, kerana kepastiaanya akan tiba walaupon kau terpaksa menunggu lama..bersabarla ye...

MOHD NORSHAM
(4.06 a.m - 1 Januari 2010)
KU HANYA MAHU KAU TAHU BAHAWA DIRI KU TERAMAT MENYAYANGI DIRI MU..
WALAU KU TAHU....
AKU HANYA SEKADAR INSAN YANG REBAH DENGAN KEAGUNGAN CINTA MANUSIA....

Happy New Year -2010-  

Posted by Mohd Norsham

Hye and Good Day to U..
Rasa terlalu lama aku tak menghupdate blog aku nie.
kalau nak kira sawang semua, memang la setebal kayu jati ...
Im to busy lately , lots of stuff need to do...lots of thing need to settle...
ape2 pon..aku nak wish kawan2 semua..a very happy new year..2010....
dah masuk tahun baru pon dah...azam baru ape kebendenya ??
..tepuk dada, tanya ??...sendiri mau ingat la kan...
so...tggu la...tahun baru ni ingat nak buat comeback balik dlm blog aku nie..
tunggu aku kemas2 sawang2 semua ni...baru aku start berblogging balik ok...
ok guys...happy new year....

Harapan Ramadhan  

Posted by Mohd Norsham


Kepada rakan2 yang beragama Islam, dikesempatan ini, ingin saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia. Semoga kita semua peroleh kejayaan dalam menjalani ibadah puasa sebulan. Sama2 kita memperbanykan amalan dan semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan ramadahn yang mulia. Lagi beberapa hari lagi nak puasa, dah sedia ke? Jangan tinggal puasa ok!..


Harapan Ramadhan (Lagu dari Raihan)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

p/s: Menggagahkan diri jua untuk berkongsi sesuatu walaupun teramat la busy. Harap kita semua mendapat keberkatan dariNya. Amin

Not Now....Busy Busy  

Posted by Mohd Norsham


Rasanya dah lama sangat aku tak hupdate and kongsi cerita kat blog aku nie. Dah penuh lalang dah dan semak samun. Ingat nak update la skit, tapi aku rasa bukan sakang masanya. Nanti la aku cari satu masa yang aku betul2 free, aku akan update blog aku nie. Sure ramai kawan2 tanya mana aku menghilangkan diri selama ni kan, sebab lama x update blog. Actually aku terlalu la busy dengan kerja2 seharian. Macam2 perkara nak kena pikir dan buat.Sebab tu tak de masa nak update blog ni. Xpe la, aku janji nanti ade masa aku update la. K, Keep in touch ya.


Congratulation to BLACK mentor 3  

Posted by Mohd Norsham

Entry kali ni aku nak bg sikit penghargaan la kat mamat sorang ni yang popular dalam rancangan mentor 3. Sape lagi klu bukan juaranya si BLACK (agak lambat gak la aku ni, baru nak ucap tahniah kan, biasa la bz jerk). mamat ni memang pukul habis la malam ahad lepas. Kaw Kaw Punya!! TAHNIAH la bro, lu bikin gua praud of u la (dah jadi bahasa K*****g plak). Ape pon persembahan dia that nie mmg aku suka bangat, enjoy & paling penting dia menghiburkan dengan lagu barunya "AKU RINDU SAYANG KAMU". Tahniah gak kat kak masidayu keran berjaya mengajar black dengan rotan saktinya (ape kejadahnya ajar nyanyi dengan rotan?). Tapi itulah hasilnya. Congratulation la buat anda berdua. Ok jom layan video & lirik lagu black nie. Layannnzzz (sambil gaya tangan wahid senario)..


Siang dan Malamku Kini Menjadi Satu
Terasa Sedihku Tiada Kamu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Padamu Aku Cinta
Kepada MU Sayang Kamu

Apakah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh


One & Only : Shamz

My New NAM CARD  

Posted by Mohd Norsham


Design by shamzq33ny @rtwork inc.
Actually this is my new design of my new name card.
lepas nie jumpa sape2 je bleh la aku bg name card me..
tanda pengenalan dan persahabatan..
name card lama dah abis.
hehehe


p/s: sape2 nak tempah or nak suh aku design kan name card.. bleh roger k. simply the best

Happy Friendship Day  

Posted by Mohd Norsham

Kepada semua kengkawan yg mengenali aku..
Happy Friendship Day..
friend forever..
Klu ade yg tersalah, maafkan ok..
klu yang betul tue, ikut2 la ye...hehe

Bila "MAKAN" jadi "MELANTAK"  

Posted by Mohd Norsham

Saje je nak citer pasal kes minggu lepas.
Ni kes pasal manusia bertukar jadi raksasa kemudiannya mengamuk untuk melantak. HAHAHAH. 3 Orang je makan tapi penuh bagai atas meja..
actually kitorang bukan makan, tapi .........MELANTAK.
Sessi melahap @ melantak makanan.
Raksasa pon x macam ni. Tapi disebabkan kelaparan tahap dewa "kuningan",
kitorg blasah semua sampai tinggal pinggan.
Tinggal pinngan yang kosong je la, nasib baik pinggan xbleh makan,
klu tak lesap semua skali kitorang tibai. HAHAHA.
korang nak taw x bape kitorang kena bayar???
HAHAHA..RM 120..
Mampos la bayar makan 3 orang sampai 120..
Tobat tak mau melantak dah lepas nie...



One & Only : Mohd Norsham

23 - 26 June : Crazy Trip  

Posted by Mohd Norsham

Nantikan cerita menarik "Crazy Trip" aku ngan kengkawan..
23 - 26 June 09
Shah Alam - Port Dickson - Linggi - Batang Kali - Genting -
Bentong - Raub - Felda Tersang - Kuala Lumpur....
Satu perjalanan yang penuh dengan kegilaan
haHaHaHhAha...


One & Only : Mohd Norsham

Blogging : Rest for 1 Month  

Posted by Mohd Norsham


Bulan jun ni untuk aku berehat dari berblogging.
Something happen for some reason.
Will see u back on july.
Rest...ZzZzzZZzzzzzZZzzZ


One & Only ; Mohd Norsham

Going Further With NEOVEC ENT.  

Posted by Mohd Norsham


NEOVEC ENTERPRISE
(SA0125106-W)
Training & Development Team


Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu dengan penuh kesabaran dan pelbagai dugaan serta ancaman, akhirnya pada jam 3.30 petang 29 Mei 2009, NEOVEC ENTERPRISE selamat didaftarkan dibawah akta syarikat 1956 di SSM Selangor. Terima kasih kepada rakan kongsi aku iaitu Hakiim, Anwar & Fazrul yang sentiasa memberi yang terbaik untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Korang memang the best la! Skang masa untuk sama-sama kita develope bisnes ni.

Dan pada hari ahad yang lepas kami berempat telah berkumpul dan bermesyuarat di Premis perniagaan yang terletak di seksyen 7. Pelbagai perkara di usul dan dibincang dan yang paling penting buat masa ini ialah perlaksaan dan pengendalian perniagaan dan juga program2. Setakat ini semuannya berjalan lancar, Alhamdulillah!. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni kita akan organize beberapa program. Next month kena pikir pasal training center yang nak bukak kat Hulu Langat, Tempat dah survey, cuma tunggu kelulusan loan je. InsyaALLAH, jika tiada ape2, dan di izinkan ALLAH, kami pasti berjaya. Kawan2 kat luar tue, doakan kami ye! Sama2 kita berjaya.

Temporary web site : www.neovec..com.my (click pada link utk ke web site kami)


One & Only - Mohd Norsham

Kepemimpinan Luar Biasa  

Posted by Mohd Norsham in

Al-Farabi

Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri ).

Ibn Khaldun

Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah.

Al-Ghazali

Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna.


Secara Kesimpulannya !!

Perlu dinyatakan disini bahawa tidak semua manusia yang serta-merta memiliki semua ciri-ciri yang telah disebutkan,kerana itu sangat penting bagi seseorang pemimpin untuk menganalisis diri sendir untuk melihat ciri-ciri kepimpinan apa yang telah dimilikinya dan ciri-ciri apa yang masih perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik pendidikan yang bersifat formal ataupun sebaliknya.

Islam melarang pemimpin menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk.Pertama, menggunakan jawatannya untuk kepentingan kebendaan dan menerima rasuah.Larangan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis yang bermaksud; “Bahawa Allah Taala melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah”.Kedua ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih.Contohnya memberikan perkhidmatan dengan mendahulukan orang terkemudian dari yang sepatutnya didahulukan kerana kekeluargaan, sahabat dan untuk yang dikasihi.

p/s: Jika mahu jadi pemimpin, jadilah pemimpin luar biasa berjiwa besar!


One & Only - Mohd Norsham

"Kenapa Ko Tak Mau Kawen Lagi ek?"  

Posted by Mohd Norsham

Haha. Aku rasa entry kali ni sedikit berbeza n menarik kot. Its just sumthing that realy make me open my mind just for a second. Actually, baru2 ni aku lepak ngan classmate aku time skolah dulu. Biasa la lama tak jmpa, then hang out skali sure la banyak citer yg dibualkan. One of the story yg termuncul malam tu pasal KAWEN. hahaha. Salah satu soklan fevret aku dapat malam tadi ialah "kenapa ko tak mau kawen lagi ek?.....Adoi...soklan termaut mggu ini! perlu la aku jawab secara teori skang nie. And the reason why aku tak mau kawen lagi is :


"Duit lum cukup lagi"

Aku nak bagi dalam bank aku cecah 7 angka dulu. Atau aku dapat gelaran MILLIONAIR. Baru aku leh pikirkan perkara "KAWEN"

"Nak beli kereta dulu baru"
Aku nak beli honda CRV lama dan nak modified jadi storm rider dulu. Hahah

"Tak datang seru lagi kot"
Ntah la, awek tukar 3, 4 kali dah, tapi seru tak sampai2 lagi. Mungkin aku kena tukar pasangan lagi kot. Hahaha. sape nak jadi yang ke 5?? angkat kaki!

"Nak cari keje tetap dulu"
Buat masa skang ni aku just frelancer je, buat keje2 atas angin dan untung pon atas angin je la. Nak kena cari keje tetap dulu, baru leh tanggung anak org. Klu tak nak bg makan ape ?

"Belum bersedia la"
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

"Ilmu tak cukup la"

Orang kata kawen ni nak kena ada ilmu. Tapi ilmu ape ek? haha. Owh....ilmu ketua keluarga, ilmu seorang suami, ilmu seorang bapa, ilmu batin zahir sebagainye. HAHA

"Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la"
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung. Memang aku la nak kena tanggung semua nanti. Adeke pompuan tanggung laki? Tak sesuai langsung ar.

"Jodoh tak sampai lagi kot"
Dulu pernah gak awek no 3 ajak tunang dulu, hahah. Lawak2, mungkin belum jodoh lagi, aku pon xmau la tunang awal2. sebab banyak lagi pilihan kat luar tue. Sampai jodoh nanti kawen la aku nie kan.

"Nak set up bisnes sendiri dulu"
Ni lagi satu perkara penting yang aku kena lakukan sebelum kawen. Set up my own business! Tapi entah bila la masa dan ketikanya business bleh diset up dan maju. Klu time umur 40?? tak kan time tu baru nak kawin kan. Kena pikir balik nie. HAHAHA

"Nak carik yang solehah dan taat pada ibu bapak dan keluarga"
Dulu awek aku yang ke 2 memang agak solehah la! malangnya aku tak pandai jaga dia. nak buat macam ne kan, last2 kami berpisah. nak cari macam tu lagi, susah la.

"Nak sambung belajar lagi la"
Actually awek aku skang ni ade master, so tak kan aku ni degree holder je. So, kena la tanamkan azam sambung master supaya aku ngan dia sama2 master. hahaha


Aku rasa tu je la kot alasan sebab musabab kenapa aku tak mau kawen lagi walaupon umur dah 25 tahun. membe aku yang sebaya ngan aku pon ramai yg dah kawin. HAhAH. sampai bapak aku pernah perli aku, bapak aku cakap " dulu time umur dia 25 tahun, dia dah dapat aku" ....aiyo itu dulu la pak, haha skang lain. umur 35 pon ade yg bujang lagi taw. mak aku , nenek aku ngan makcik2 aku slalu gak tanya bila aku nak kawen, senang je aku jawab :
" BILA SAMPAI SERU, KAWEN LA NANTI"


One & Only - Mohd Norsham

Letih + Busy = Tension  

Posted by Mohd Norsham

What a day....

Hari ni aku rasa letih sangat sebab asyik memikir pasal NEOVEC ENT je. Business baru nak naik mmg banyak la nak kena run. Nasib baik ade 4 orang rakan kongsi yang sudi berkongsi suka duka. Actually, kebelakangan ni aku terlalu busy dengan progress utk training and development specialize to human capital accesment.

Banyak plak perkara nak pikir bila nak buat menda2 macam nie. 6 tahun dulu xde plak aku rasa letih + bz macam ni skali. Maybe that time aku just follow the consult comp je. But now, im the one of owner, so busy mmg la tahap gaban. Macam2 nak kena pikir, dari "A" sampai "Z". Supporting team pon tak dapat lagi, consult advice pon masih dalam perbincangan.

Tapi, xpe la. Orang kata alah bisa tegal biasa kan. Benda2 macam ni dah biasa cuma sedikit letih dan busy yang menyebabkan aku jadi tension seketika. Hehehe. Hopefully semua usaha ini akan berbaloi dengan jutaan ringgit la. Ape2 pon, hidup mesti diteruskan dan yang penting hidup mesti.....Enjoyyyyyy!!!

Letih + Busy = Tension

Sabar + Usaha = Kejayaan

Tension / Kejayaan = Kecemerlangan dan Keuntungan

OOppss...betul ke formula aku nie ???

Quote of The Day  

Posted by Mohd Norsham

"Look at a day when you are supremely satisfied at the end. It's not a day when you lounge around doing nothing, it's when you've had everything to do and you've done it!"
Margaret Thatcher

"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover."
Mark Twain

"The best motivation is self-motivation. The guy says, I wish someone would come by and turn me on. What if they don't show up? You've got to have a better plan for your life than that."
Jim Rohn

"Leadership is a dynamic urban organization that enriches lives, emboldens confidence and expands options by building strong leaders in communities"
Mohd Norsham

Prosper Siswazah PNUB : Permohonan Diterima  

Posted by Mohd Norsham

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Permohonan aku untuk pembiayaan perniagaan di bawah skim prosper siswazah PUNB telah diterima dan secara tidak langsungnya, langkah pertama aku dalam proses permohonan ini telah berjaya. Seterusnya aku telah diminta untuk menghadiri satu kursus penilaian program pembiayaan. InsyaALLAH esok jam 8 pagi aku akan ke Majlis Perbandaran Klang untuk menghadiri sesi taklimat dan penilaian.

Actualy aku bercadang untuk membuka satu training center yang memfokus kepada latihan dan pembangunan modal insan pelajar sekolah dan mahasiswa. Dah lama aku dan rakan2 aku bercadang nak membuka training center ni. InsyaALLAH, kami akan berusaha sehingga berjaya. Mohon rakan2 di luar sama mendoakan kejayaan kami dalam merialisasikan impian ini. Anda yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim prosper siswazah ini boleh mendaftar secara talian terus melalui laman portal www.punb.com.my

Guru Pembinan Negara Bangsa  

Posted by Mohd Norsham in

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru dan pendidik. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai laporan razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Pada tahun 2009 ini, tema yang dipilih sempena hari guru adalah : "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sempena hari guru yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada beberapa orang guru dan pendidik yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat serta dorongan pada diri aku dari dulu sehingga sekarang. mereka ini tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar mereka kepada aku. Mereka yang aku sentiasa hormat sebagai guru dan pendidik aku sepanjang zaman adalah :

Tuan Hj. Shahrin Bin Ahmad (Kaunselor Kanan di UUM)

En. Norizan Bin Md Isa (Guru & Pegawai Pendidikan Kubang Pasu Kedah)

Dr. Norhayati Binti Zakaria (Pensyarah Kanan UUM)

En. Yusrizal Sufardi Bin Mohd Yunan (Pegawai Pendidikan Putrajaya)

Kepada mereka ini, selamat hari guru aku ucapkan. Semoga ilmu dan tunjuk yang di berikan di berkati Allah hendaknya. Tiada ape yang dapat ku balas , hanya berdoa agar dikau sihat dan bergembira selalu di samping keluarga tercinta. Teruskam usaha mu itu mendidik anak bangsa. Terima Kasih GURU!

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009  

Posted by Mohd Norsham

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah memaklumkan akan menganjurkan sebuah Karnival Kerjaya pada 15-17 Mei, 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Karnival itu akan menyediakan satu platform bagi untuk memahami trend terbaru dalam pasaran pekerjaan.

Lebih daripada 500 buah syarikat akan menyertainya dan temuduga berlangsung di tapak karnival itu juga. Lebih daripada 5000 jawatan adalah menunggu untuk dipenuhi untuk para siswazah. Untuk lebih maklumat sila lawat http://www.mycef.com.my