Lagu Persoalan Cinta adalah ciptaan Julfekar bersama Ku Seman dan Izza Rosley. Pada persembahan malam itu, Farawahida tampil seperti maharani Cina yang menyanyi sambil diiringi ramai penari. Namun, di sebalik kemenangan lagu ini, ia memberi gambaran sambutan penyanyi kategori etnik kreatif makin berkurangan berdasarkan faktor penyertaan lagu yang bertanding. Persoalan yang bermain di fikiran, apakah komposer tempatan kekurangan idea menghasilkan lagu sebegini atau peluang lagu ini bertanding terhad.Etnik kreatif menerusi AJL23 mula diperkenalkan sejak 2000 menggantikan Irama Malaysia. Lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Jamal Abdillah dan M Nasir pada 1997, Cindai (Datuk Siti Nurhaliza, 1998), Balqis (Siti Nurhaliza, 2000) dan Mimpi Laila (Yassin, 2001) pernah menang Lagu Terbaik. Namun, mutakhir kategori ini seolah-olah seperti melukut ditepian gantang apabila hanya tiga lagu yang layak bertanding berbanding kategori lain lima dan enam lagu.
Apakah nasib kategori ini pada tahun hadapan? Diharapkan lebih banyak komposer dan penulis lirik tahun ini akan lebih cenderung untuk menghasilkan karya etnik kreatif.
Artikel dipetik / disunting daripada : www.hmetro.com.my








.jpg)





