Index CEMBURU horoskop LIBRA  

Posted by Mohd Norsham

Kali ni mari kita tengok plak index-index cemburu seorang insan bernama LELAKI. Kalau sebelum ni asyik tau pasal cemburu PEREMPUAN je kan. So, lets look what is JEALOUSY mean by MEN. Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Sama ada cemburu itu kearah kebaikan atau menuju kearah kejahatan. HAHAHA.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki yang dilahirkan berbintang LIBRA (bintang aku la nie);

LIBRA
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.



Untuk index cemburu yang lengkap mengikut HOROSKOP masing-masing sila click RAHSIA SEORANG LELAKI


Nasib Kategori ETNIK KREATIF pada AJL 24  

Posted by Mohd Norsham

Baru2 ini pada AJL 23, pelbagai kontroversi dan kospirasi telah timbul menyebabkan wujudnya ketidakpuasan hati beberapa pihak. Persaingan antara kategori juga tampak agak hambar berbanding tahun2 sebelumnya. Lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar pula menjuarai kategori balada manakala penyanyinya, Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik sementara kategori etnik kreatif dijuarai lagu Persoalan Cinta. Berbanding kategori pop rock dan balada, ada yang beranggapan saingan lagu menerusi etnik kreatif kurang menyengat dengan hanya tiga lagu layak ke AJL23 iaitu Persoalan Cinta (Farawahida), Doa Dalam Lagu (duet Zahid bersama Heliza) dan Dusta Berkalang (Aiman).

Lagu Persoalan Cinta adalah ciptaan Julfekar bersama Ku Seman dan Izza Rosley. Pada persembahan malam itu, Farawahida tampil seperti maharani Cina yang menyanyi sambil diiringi ramai penari. Namun, di sebalik kemenangan lagu ini, ia memberi gambaran sambutan penyanyi kategori etnik kreatif makin berkurangan berdasarkan faktor penyertaan lagu yang bertanding. Persoalan yang bermain di fikiran, apakah komposer tempatan kekurangan idea menghasilkan lagu sebegini atau peluang lagu ini bertanding terhad.

Etnik kreatif menerusi AJL23 mula diperkenalkan sejak 2000 menggantikan Irama Malaysia. Lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Jamal Abdillah dan M Nasir pada 1997, Cindai (Datuk Siti Nurhaliza, 1998), Balqis (Siti Nurhaliza, 2000) dan Mimpi Laila (Yassin, 2001) pernah menang Lagu Terbaik. Namun, mutakhir kategori ini seolah-olah seperti melukut ditepian gantang apabila hanya tiga lagu yang layak bertanding berbanding kategori lain lima dan enam lagu.
Apakah nasib kategori ini pada tahun hadapan? Diharapkan lebih banyak komposer dan penulis lirik tahun ini akan lebih cenderung untuk menghasilkan karya etnik kreatif.

Artikel dipetik / disunting daripada : www.hmetro.com.my


Sekitar Majlis Perkahwinan SHASHA & ERY  

Posted by Mohd Norsham

Selamat Pengantin Baru
"SHASHA & ERY"
Semoga Berbahagia Hingga ke Anak Cucu Hendaknya
18 Januari 2009 (Ahad), Kampung Pendamar, Pandamaran Klang.

Shasha sempat melambai ala2 artis bollywood apabila menyedari ketibaan kami. Seronok kau ye dapat kawin. Amboi3!! Ery macam terkejut je, apasal ??

Wanita2 ayu sedang bergambar bersama pengantin baru. Amik berkat la tue, kot2 tahun depan dapat kawin kan. HAHAHA. Ape2 pon diorang ni la sebahagian daripada kawan2 pompuan aku waktu diploma.

Aini, Ila, Fiza, Ina, Jannah, Huda, Suwaibah, Bitu





Jejaka2 tampan idaman melaya sedang bergambar bersama pengantin baru. Moga2 cepat la skit jodoh kami nanti ye. Teringin nak kawin dah ni. HAHAHA. Sebahagian membe skepala yang hadir.
Eyo,Jimmy,Aril, Shamz, Man, Azizi, Talib & Buntat (Rahim & Sarjit xde dalam gambar)



Inilah kami yang tetap akan menjadi kami. Walau dimana saje berada, walau badai ape pon melanda, kami tetap bersama. Itu lah janji kami SAHABAT SEJATI !


Medical Checkup at HTAR  

Posted by Mohd Norsham

Hari ni pagi2 lagi aku dah bangun. Siap2 nak pegi Hospital besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Actually hari ni aku janji ngan my mom nak bawak dia pegi medical checkup coz last month dah buat appoinment ngan doc. Aku minta cuti half day je. Pekerja cemerlang la katakan. klu tak akibat sakit2 nie, aku mesti pegi keje. HEHEHE. Dah alang2 menyeluk pekasam,biar sampai kepangkal lengan. Aku pon tak bape sihat, batuk2, sakit tekak masih menguasai diri aku nie. So aku pon buat la pemeriksaan sekali + ambil Ubat tambahan. Punya lah ramai manusia kat HTAR tu, dah la nak cari parking punya susah. 2,3 kali aku pusing2 kawasan hospital tu. last2 dapat parking dalam bangunan, tak la my WIRA tu berjemur.HEHE. 4 Jam duk dalam bilik menunggu sementara sampai giliran jumpa doc. Ni yang aku paling x suka, g hospital kerajaan sure kena beratur panjang, kena tunggu lama, layanan buruk, sakit hati dan mcm2 lagi la. Baik pg private hospital, bayar mahal2 pon puas hati & yang paling penting tak sakit hati. Lain kali aku xmau la g hospital kerajaan klu tak kerana TERPAKSA. Rela aku bayar mahal2 lagi, janji service yang diberikan terbaik. Buat pekerja HOSPITAL KERAJAAN kat luar tue, sentiasa la memberi layanan yg terbaik kepada patient anda, dah la diorg sakit, tengok muka korang yang masam tu, lagi bertambah sakit. Sakit ape? SAKIT ATI la. HAHAHA

AJL 23 - ILUMINASI MUZIK  

Posted by Mohd Norsham

PETIKAN DARI : www.gua.com.my

Diharapkan iluminasi cahaya dapat memberikan inspirasi muzik kepada pengkarya muzik dan pemuzik serta membawa AJL23 ke tahap yang lebih tinggi selepas kejayaan AJL22 tahun lepas yang mencatatkan rating tertinggi dalam sejarah AJL. Dari reka pentas ke ‘opening gambit’, bagi saya, ‘it’s the best so far’. Ia mewakili tema iluminasi dan memberi penonton sesuatu yang berbeza dan unik,” kata Dato’ Amrin yang dijumpa selepas acara cabutan giliran persembahan AJL23 petang tadi yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama.


Hasil daripada cabutan tersebut, berikut turutan lagu yang akan dipersembahkan pada malam AJL23.


1. Bukan Disini – Sofaz
2. Lagu Kita – Aizat
3. Dusta Berkalang – Aiman
4. Cuba – Faizal Tahir
5. Yang Pernah – Estranged
6. Bila Nak Saksi – Spider
7. Doa Dalam Lagu – Zahid & Heliza
8. Sampai Syurga – Faizal Tahir
9. Hanya Di Mercu – Ayu
10. Aku Stacy – Stacy
11. Dingin – Ziana Zain
12. Kalis Rindu – Elyana
13. Persoalan Cinta – Farawahida
14. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain


Hadiah yang bakal dimenangi para pemenang:
Juara Lagu ke 23 – trofi dan wang tunai RM25,000
Juara Etnik Kreatif – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Balada – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Pop Rock – trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000
Vokal Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000


Tahun ini, AJL akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Malam berprestij itu juga bakal memperlihatkan persembahan dari M Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’ sementara One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan. AJL23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam pada 18 Januari. Acara ‘red carpet’ akan bermula pada pukul 7.30 malam dan anda dapat menyaksikannya melalui laman web www.tv3.com.my.


p/s: Aku dapat 4 tiket free, tapi malangnya tak dapat nak pergi disebabkan ada hal2 di saat2 akhir. Nampaknye tengok TV3 je la malam nie.


Gathering @ Kenduri Kawen  

Posted by Mohd Norsham

Tengah hari tadi aku pegi kenduri kawen membe aku kat pandamaran klang. Sharifah dan pasangan nya Ery. Dah kawin member aku sorang nie. Alhamdulillah. Tapi yang best tue aku dapat jumpa & lepak2 ngan kawan2 lama time diploma dulu. Lama gak la rasanya tak jumpa & lepak sesama. Masing2 bz ngan agenda masing2 kan. Tambahan aku ni,lagi la bz ngan pelbagai keje dan hal. Ramai gak la member yang aku jumpa antaranya Buntat, Eyo, Man, Rahim, Azizi, Talib, Aril,Sarjit, Jimang, Bitu, Huda, Suwaibah, Ina, Ila,Fiza dan beberapa orang lagi la. Sekali sekala lepak best taw, banyak je citer2 + gosip2 baru nak disembangkan. Hahahah. Ape2 thank ar kat member aku. Bukan slalu nak dapat peluang lepak2 kan.

Suwaibah plak plan next week nak g tengok wayang + bolwing and jalan. Best gak !! so Nanti dapatla jumpa diorang lagi. Ape2 aku enjoy ar hari nie dapat kuar lepak2 ngan membe lama walaupon badan penat dan letih + tak baper sihat kan. Harap persahabatan aku ngan diorg semua ni berkekalan la sampai bila2. Tak sabar nak tunggu jemputan kawin seterusnya. Aku ni bila plak nak Kawin kan..HAHAH...lambat lagi rasanya. Nak Kumpul Harta Marta banyak2 dulu. Pada si"DIA" harap dapat bersabar la ye. Saya nak kumpul harta n nak capai cita2 saya dulu. Nanti semuanya dah termakbul baru kita kawin ok. HEHEH. Harap si"DIA" paham la.

p/s: Nanti aku post gambar2 yang aku snap time kenduri & lepak2 tue. ENjoy!!!


PRK Kuala Terengganu  

Posted by Mohd Norsham

Akhirnya setelah sebulan melalui proses berkempen, hari ni rakyat Kuala Terengganu telah membuat keputusan untuk memilih wakil baru mereka dari Parti Islam Malaysia (PAS). Dengan kemenangan itu maka pakatan Rakyat telah berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi. Abdul Wahid Endut wakil PAS telah menang bertanding 3 penjuru sekaligus mengalahkan pencabarnya iaitu BN dan Bebas. Walau ape pon pilihan rakyat di Kuala Terengganu, perjuangan bangsa MELAYU harus diteruskan. Janganlah disebabkan kita mempunyai perbedaan dalam fahaman politik, kita terkandas dalam menegakkan maruah ISLAM dan bangsa MELAYU. Buat wakil yang menang, diharap dapat la membela nasib rakyat yang masih dalam kekadasan. Buat la sesuatu perubahan untuk generasi akan datang. InsyaALLAH....


Rahsia Bisnes Orang JEPUN  

Posted by Mohd Norsham in

Kali ni aku nak share ngan korang semua tentang sebuah buku yang aku baru beli. Buku yang penuh dengan rahsia dan formula kejayan dalam perniagaan. Nama buku ni "RAHSIA BISNES ORANG JEPUN". Memaparkan beberapa kisah dan tauladan berkenaan kejayaan dan kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu perniagaan. Buku ini juga lebih memberi gambaran menyeluruh kepada pembacanya bagaimana hendak berjaya dalam perniagaan dari tapak permulaan hinggalah kepuncak kejayaan. Bagus kan buku nie. Klu dibaca satu persatu, kita dapat lihat betapa hebatnya orang JEPUN ni dalam perniagaan. Tak mustahil la negara diorg boleh maju kan. Klu nak dibandingkan dengan orang MALAYSIA terutama MELAYU, jauh bezanya!! So, klu korang kat luar tue minat membaca buku2 kejayaan ni, aku rasa buku ni adalah terbaik utk korang beli. So, ni ada sedikit info pasal buku nie :-



Tajuk : RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
Penulis: Ann Wan Seng
Genre : Pengurusan dan Perniagaan
Penerbit : PTS SDN BHD
Harga : RM 29.90




"Orang JEPUN terkenal dengan budaya KEISAN atau pon GILA KERJA. Budaya inilah yang membantu mereka BERJAYA dalam BISNES yang dilakukan. Ketahuilah lebih banyak lagi rahsia orang JEPUN dalam buku ini. Sesuai sebagai PANDUAN dan MOTIVASI kepada USAHAWAN TEMPATAN".