Kisah Tauladan : Sabar Atau Mengeluh?  

Posted by Mohd Norsham in , ,

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

++Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Ceria Selalu  

Posted by Mohd Norsham in

Salam Sejahtera ke atas rakan2 sekalian..

Ape khabar rakan2 semua hari ni. Harap2 dalam keadaan yang baik serta luar biasa. Buat ape hari ni. Duk umah je ke? Pegi keje ke? Kuar jalan2 ke? Ape pon yang anda lakukan pastikan dalam keadaan ceria. Orang kata, "ceria-ceria selalu, ceria itu membawa bahagia" Hidup didunia ni kena la ceria selalu. Ingat! CERIA.

Cuba bayangkan klu kita hidup dalam keadaan yang muram, x ceria dan banyak masalah. Mesti hidup x bahagia kan. Asyik2 kena pikir masalah, masalah dan masalah. Memang la masalah tu tak dapat nak di elakkan. Semua akan bermasalah. Tapi kita ada kudrat utk atasi masalah tu kan. So atasi la seperti orang bijak mengatasinya. Ha, sebut pasal ceria ni, aku nak tanya la kat korang. Ape yang korang rasa bila korang ceria? ha.... jawab2...

Bila aku dalam keadaan ceria, aku akan rasa tenang, heppy, seronok, bahagia dan macam2 lagi perasaan positive yang menjelma. Nape perlu ceria ek. Ceria ni pengubat kepada duka lara. Tak mau la kan, hari2 kita berduka. memang la kadang2 ada masalah. Tapi cuba ceriakan diri anda, sambil2 memikirkan cara penyelesaian masalah itu. tapi ingat, jangan HIPOKRIT dengan ceria. hehehe..

++Sejauh mana kita berjalan, setinggi mana kita mendaki, sedalam mana kita menyelam, jika keceriaan yang kira bawak, mesti kebahagian yang kita temui. Oleh itu, ceria-ceria la selalu.

Disitulah Ketentuan  

Posted by Mohd Norsham in , ,

Assalamualaikum & salam sejahtera ke atas semua...

Sejak kebelakangan ni beta semakin jarang membuang keluahan + idea +pendapat + perkongsian beta dalam "tanah" jajahan beta ini. Alasannya, beta amat dan teramatlah bz menguruskan beberapa perkara "duniawi" yang sehinggakan tak menang tangan nak menguruskannya. "Semua ni dunia belaka" Hahahaha.

Apa2 pon, beta kembali mencemar duli hari ini untuk berkongsi beberapa kisah + tauladan yang menarik (ada gak la yang tak menarik) dengan rakyat sekalian alam "tanah" jajahan beta ini. Dalam masa seminggu yang lepas banyak sangat perkara yang berlaku yang membuatkan beta gembira dan ada juga perkara2 yang berlaku telah membuatkan beta murka yang teramat sangat. Kat bawah ni, beta nak kongsi bersama rakyat sekalian tentang ape yang berlaku untuk tatapan semua;

++KES PERTAMA: 15 Mei 2008
Beta telah selesai menjalani semua final exam untuk sem ni. Dengan rasminya, tamatlah sudah pengajian beta di semester 5. Alangkah gembiranya beta kerana kini hanya tinggal 1 sem lagi untuk beta meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa. Walaubagaimana pon, beta teramatla risau untuk melihat keputusan exam nanti. Apa yang beta harapkan adalah sesuatu yang mengembirakan hati beta. InsyaALLAH, beta akan berjaya, dengan usaha + tawakal +doa, beta harap ketentuan ALLAH memberi kegembiraan pada beta kela

++KES KEDUA: 16 Mei 2008
Ayahanda beta telah berangkat dari Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman di Perlis. Gembira hati beta kerana ayahanda akan ambil beta pulang ke kampung nenekanda bersama2. Sudah lama juga la beta tidak melawat nenekanda dan teringin sangat nak bertanya khabarnya. Alhamdulillah, semuanya sihat2 belaka. Beta sungguh gembira. Beta berharap seisi keluarga beta berada dalam lindungan ALLAH.


++KES KETIGA: 18 Mei 2008
Ada satuy pergaduhan yang beta saksikan sendiri dengan mata kepala beta. Walaupon berat mata melihat, beta taw, berat lagi bahu yang memikul. Entah la, beta buntu dan semakin buntu, orang lain boleh pulak beta motivasikan untuk sama2 jadi terbaik, tapi org yang rapat ngan beta pula beta tak termotivasi. Kelemahan ini beta tidak dapat atasi. Apa2 pon beta berharap ketentuan ALLAH akan menyelamatkan segalanya daripada ia bertambah serabut.


++KES KEEMPAT : 20 Mei 2008
Beta telah kembali semula ke UUM untuk meneruskan perjuangan beta sebagai mahasiswa. Seawal 10 pagi, Ayahanda beta telah menghantar beta. Beta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus intersesi Math dan beta telah menginap di teratak perwaja.Timbul juga rasa penyesalan kerana mengikuti kursus ini, tapi beta harus laluinya kerana ini penentu masa depan. Apa2 pon, beta berharap usaha kali ini akan memberi beta sinar kegembiraan. beta nak menebus kesilapan yang lalu.



++kadang2 kita manusia ni hanya merancang dan terus merancang. tetapi ALLAH yang akan menentukan segalanya. Jika itu ketentuanNYA, maka terima la dengan hati yang redha. ALLAH menguji hamba2nya mengikut kemampuan hambaNYA itu. Jika di uJi dengan pelbagai ujian, ketahuilah bahawa kita mampu melakukannya. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Syukurlah!!

Parti Mahasiswa Negara  

Posted by Mohd Norsham in , , ,

Mungkin ramai juga rakan mahasiswa di luar sana yang pernah mendengar PMN (Parti Mahasiswa Negara), tak kurang juga mereka yang langsung tidak tahu akan kewujudan Parti ini. Parti Mahasiswa Negara ini adalah sebuah parti yang bertanding di dalam PRU baru2 ini, dan sudah tentulah "founder", calon serta intipati Parti ini adalah dari golongan mahasiswa. Apakah motif sebenar penubuhan PMN? Gerakan macam mana yang dilakukan oleh PMN? Telus ke parti ini?. Macam2 persoalan yang dilontarkan. Dalam ruangan ini mari kita bersama2 membelek sikit demi sekit ape sebenarnya yang dikatakan PMN ini.

Parti mahasiswa ini ditubuhkan dengan berpegangkan kepada laungan kata " Mahasiswa bersama rakyat". Kenapa? sebelum ni mahasiswa tak bersama rakyat ke? Walau apa pon, "yes" mahasiswa bersama rakyat! Dalam PRU baru2 ini, dikatakan PMN telah menghantar beberapa calon untuk bertanding merebut kerusi Parlimen PO41 (cari sendiri ye kawasan mana tue), dan malangnya mereka kalah dan tidak mandapat undian yang tinggi dari Masyarakat. Mana tak nya, sedangkan mahasiswa sendiri pon ade yang membantah serta mengecam tindakan penubuhan PMN, mana mungkin nak dapat sambutan kan. Ape la yang difikirkan pemuda2 dan pemudi PMN ni kan. Masih bergelar mahasiswa, sudah merangkak dalam dunia lain pula. Mana pegi cita2 ? Mana pegi harapan? ..." Tepuk dada, tanya selera"...

Dari Varsiti Ke Lapangan Rakyat

Bermula dari sentimen kesedaran di kampus dan terus membawa gelombang semangat dan harapan untuk terus bersama menabur bakti. Dengan ini, mahasiswa keluar menyatakan hasrat demi melihat gagasan Malaysia yang baru dalam mendepani arus perdana dan globalisasi dunia. Justeru, Parti Mahasiswa Negara (PMN) sejak dari awal penubuhan telah bersiap siaga untuk menyertai pilihanraya pada kali ini demi menggalas tanggungjawab sebagai rakyat dan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang peka dalam masa yang sama sebagai golongan akademik/intelek yang prihatin kepada masyarakat di luar sana. Sudah tiba masanya, mahasiswa turun ke lapangan untuk melunaskan amanah menabur budi.
“Mahasiswa Bersama Rakyat”

Mahasiswa telah mendapat ilham! Kami sedia bertanding. Parlimen P041 menjadi pilihan bagi kami menyampaikan wadah kami kepada rakyat dan sebagai medan untuk kami menyatakan pandangan dan memberi sumbangsaran demi kebaikan dan kebajikan. Kami menggesa dan mencabar pertandingan satu lawan satu di Parlimen tesebut. Rentetan daripada semua program, gerak kerja dan persediaan diperingkat parti maka dengan ini sudah tiba masanya bagi kami untuk mengotakan janji. Kami PMN, begitu optimis dengan agenda perubahan atas nama kebenaran. Keadilan tetap kami perjuangkan. Justeru, kami juga menggesa sekalian parti-parti politik yang ada agar memberi laluan kepada kami (PMN) pada pilihanraya pada kali ini demi membuktikan peranan anak muda dan mahasiswa generasi baru Malaysia. Mahasiswa tonggak masa depan negara


**Parti Mahasiswa Negara (PMN) ini telah ditubuhkan selaras kebangkitan semangat gelombang pembaharuan dalam kepimpinan Malaysia. Walaubagaimana pon, wujud kecaman serta penindasan dari pihak mahasiswa seluruh malaysia ke atas penubuhan parti ini. Jika namanya mahasiswa, laksanakanlah tugas sebagai mahasiswa, bukan sebagai politicians. buka mata, buka minda. Mungkin ia suatu yang baik, tapi yang dipikir baik itu kadang2 ada ketidak relevanan nya.



"Cinta" .....Penantian itu suatu penyiksaan  

Posted by Mohd Norsham in , , , , ,

Semusim Menanti Sebuah Cinta Sejati

( shamz )


Ku meniti sebuah janji
Yang memberi seribu erti

Ku mengukir rasa di hati

Ingin menyaksi kau berada di sisi

Ku memberi tanpa ku pasti
Segalanya tersemat di sanubari

Ku mengharap kau kan mengerti

Semoga ianya kan mula bersemi

Ku tak bisa mengungkapnya lagi
Walau ku tahu semua ku kecapi

Tapi hati ku tak berdegup lagi

Tersentap rasa membawa diri

Ku susun semuanya menjadi kisah
Memberi ku kenangan bersejarah

Hati ini telah menjadi gundah

Membuat diriku tak tentu arah

Ku resah penantian semusim
Kini diri kau mengertilah sudah

Segalanya kan menjadi indah

Hanya pada tuhan…….. kita berserah



**betulah apa yang dikata, penantian itu suatu penyiksaan! Cinta itu buta! Pengorbanan satu kemuliaan

"AUKU "...Penyelesaian atau Masalah?  

Posted by Mohd Norsham in , , , , ,

Bila sebut je pasal AUKU, mesti mahasiswa lah orang yang paling tau benar berkenaan AUKU dan isi kandungannya. Mahasiswa masa kini lebih bijak dan lebih "buka mata" berkenaan isu dan isi kandungan AUKU ini. Ada yang berpendapat bahawa AUKU ini sudah tidak releven dengan situasi masa kini, dan jalan terbaik ialah dengan meminda atau memansuhkan saja AUKU. Bagi aku sendiri sebagai seorang mahasiswa, memang dapat dilihat yang kewujudan AUKU zaman kini tidak lagi begitu releven bagi sesetengah isi kandungannya. Sebab Ape?. Sebab AUKU ni sendiri telah melenyapkan semangat pergerakan mahasiswa didalam mahupun diluar kampus. Sekaligus membataskan pergerakan mahasiswa zaman sekarang. Bukan ape, batas tetap batas kan, yang baik buat ape nak dibataskan lagi, cukup la sekadar membataskan yang tidak baik sahaja.

".............Salah satu tujuan AUKU diwujudkan adalah untuk mengawal pergerakan pelajar Malaysia yang sangat aktif pada zaman 1960-an dan 1970-an. Pindaan terhadap AUKU pada tahun1975 telah melenyapkan pergerakan ini, kemudiannya membentuk pelajar-pelajar IPT yang semakin kurang peka terhadap masyarakat".......
salah satu kenyataan seorang pelajar yang aku petik dari 1 laman web! Ape yang kita dapat lihat, AUKU menjadikan mahasiswa kurang peka terhadap masyarakat. Aku ulang lagi, KURANG PEKA!

Kadang2 kalau dikaji kewujudkan AUKU ini, ia hanya terpakai untuk beberapa keadaan sahaja, selebihnya ia nampak seperti memberi masalah pula kepada pelajar. Sejak isu AUKU ini dibahaskan sampai ke parlimen, telah wujud banyak auta2 atau rumors2 yang mengatakan bahawa AUKU sebenarnya adalah "alatan" & "permainan" semata-mata. Ada kebenaran ke kata2 ini? Ntah la, dari banyak2 artikel yang aku baca tentang kecaman mahasiswa terhadap AUKU, hampir 80 % mahasiswa menyatakan bahawa AUKU dan isi kandungannya perlu di pinda @ di buat pengubah suaian mengikut keperluan mahasiswa zaman sekarang. Betul juga kan, mahasiswa sekarang tak sama macam mahasiswa puluhan tahun dahulu. Beza memang berbeza. Ape lagi yang tak kena dengan AUKU. Memang tak kena dan yang penting AUKU lebih mementingkan sebelah pihak sahaja, dan sebelah pihak lagi tercacai begitu sahaja (paham2 sendiri la kan).

Cuba baca petikan artikel kat bawah ni plak. Agak manarik tentang cubaan meminda @ memansuh AUKU oleh Gerakan Mahasiswa sendiri. Dan kat bawaj ni merupakan kenyataan daripada Izzah anak Anwar Ibrahim tue. Bacalah...

...Bagaimanakah AUKU mengokong dan mencabuli hak asasi manusia...

8hb Mei 2008

Kenyataan Menyokong Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

Saya menyokong usaha-usaha Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti Kolej dan Universiti 1971 (AUKU) yang drakonian. Saya telah bertemu dengan wakil-wakil dari GMMA dan ingin menyatakan sokongan saya terhadap perjuangan GMMA.

Menteri Pengajian Tinggi telah memberi jawapan pada 30 April 2008 bahawa jawatankuasa telah didirikan untuk mengkaji AUKU dengan menyeluruh dan Deraf pindaan AUKU kini berada dalam di peringkat akhir dan akan di bentangkan dalam Parlimen tidak lama lagi.

Saya berharap pindaan kepada AUKU oleh Kerajaan bukan sahaja retorik politik tetapi akan mengembalikan hak-hak asasi mahasiswa.

Saya menyokong perjuangan GMMA dan juga meneruskan perjuangan ini di Parlimen.

Nurul Izzah Anwar, MP


**AUKU - Akta Universiti & Kolej Universiti adalah akta yang diguna pakai di semua IPT dan disokong pula oleh peruntukan undang2 IPT tersendiri. Nanti kan posting aku seterusnya berkenaan AUKU dan Persekitarannya.

Selamat Hari Ibu ......Mak & Atok  

Posted by Mohd Norsham in ,

"Hari ni merupakan hari ibu se-Malaysia dan dikesempatan ini abg nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu insan yang abg sangat2 sayang. Sayang abg tidak berbelah bagi, hanya pada mak jer. Semasa abg manaip ni, sayu sebak mengiringi perasaan abg, apa tak nya, teringat plak kat Mak yang kat umah tue. Ni la dikatakan pengorbanan tika berjauhan kan mak. Rindunya kat Mak !!."

"Mesti mak tengah duk rehat2 skang nie kan, harap2 mak dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH. Skang ni dah 24 tahun mak membela & menjaga abg kan. Mak adalah ibu yang terbaik di dalam dunia ini. Walaupon abg ni anak yang nakal, jahat, tak dengar kata dan suka buat masalah, mak tetap sabar dan
sabar dengan kerenah abg kan. Abg nak minta maaf kat mak, abg taw banyak salah silap & dosa abg terhadap mak."
Sekali lagi, Abg nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada Mak.
<----Ini lah Mak aku yang paling aku sayang :

Puan Azizah Bt Omar

Berumur 50 tahun (lahir tahun 1985)

Berasal dari Utan Aji, Perlis

Bekerja sebagai pegawai polis (Jbtn Tatatertib & Kebajikan)


Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada atok aku yang berada di Perlis. Atok aku ni adalah merupakan Ibu kepada Mak aku la. Klu kat perlis, nenek depa panggil atok, datuk plak depa panggil tok wan. Aku sayang kat atok aku nie, dulu masa kecik2, atok jaga aku semasa mak aku pergi kursus polis. Aku la cucu yang paling disayangi oleh atok aku. hehe. sayang Atok. selamat hari ibu ya atok. Terima kasih kat atok juga sebab melahirkan seorang anak yang menjadi ibu kepada aku. Ni la gambar atok kesayangan aku tu.
Hajjah Jam Bt Ismail

Berumur 80 ++ tahun (tak ingat la)

Menetap di Utan Aji , Perlis.

Bagi aku, tiada kasih sayang yang paling berharga dari kasih sayang seorang Ibu, jadi janganlah kita mensia-siakan kasih sayang seorang Ibu. Kerana syurga itu ada terletak dibawak kaki seorang ibu! Aku sentiasa berdoa agar Mak dan Atok sentiasa sihat selalu dan berada dibawah lindungan ALLAH. Aku berjanji akan jadi anak yang paling baik di dunia ini, aku akan balas jasa2 mak aku, aku akan menyayangi mak aku sebagaimana mak menyayangi aku.

Akhir kata ......." SELAMAT HARI IBU".....SAYANG MAK DAN ATOK!!

**klu kat umah, mak & bapak akan panggil aku "Abang". Panggilan ni dah lekat dari kecik lagi. Sebabnya aku adalah anak sulong. Adek2 aku pon panggil "Abang" gak. Tapi kadang2 tue, mak ngan bapak akan panggil aku "sham" je. Hehehe..




Azan dan 3 Petandanya  

Posted by Mohd Norsham in , , , ,

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM 50 kadang2 kita rasa sangat besar nak dimasukkan ke tabung masjid, tapi sangat kecil pula nak berbelanja di shopping complex. kenapa? Masa 45 minit kadang2 terlalu lama bagi kita nak solat, berzikir dan mengadap ALLAH, tapi terlalu sekejap pula bila menonton pelawanan bola sepak. Sedarlah wahai manusia. Sesuangguhnya hidup ini hanya sementara. Ramai manusia yang hendak masuk ke syurga, tetapi tidak ramai yang mahu berfikir bagaimana hendak ke syurga ALLAH.

+sembahyang kamu sebelum kamu disembahyangkan. sesungguhnya hidup di dunia ini hanyalah sementara. Marilah mencari kebahagian dunia dan akhirat.


Madu Lebah (a'sl)  

Posted by Mohd Norsham in , ,

Semalam waktu aku kuar ngan kawan2, aku telah membeli sebotol manisan madu lebah. kata penjual itu, manisan madu lebah ni adalah asli dan datangnya dari rimba. Kesahihan kata2nya aku pun tak berapa pasti. Wallahualam!. InsyaALLAH ape yang dikatakan penjual itu benar dan benar belaka. Aku memang suka manisan madu lebah (terutama yang asli), sedap, pelbagai khasiat dan kebaikan meminum manisan madu lebah nie. So , aku nak citer skit la tentang kebaikan + khasiat mengamalkan pemakanan madu lebah. (artikel kat bawah nie, copy dari internet jer). Have a read k.

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu lebah setiap pagi ketika perut kosong. Madu lebah dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan
yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter). Artikel dari healthycampus usm. TQ

Khasiat + Kelebihan madu lebah:

  1. Dapat mengubati penyakit dalam perut.
  2. Dapat mengubati penyakit medu.
  3. Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus-usus kecil dan besar (perut).
  4. Dapat mengubati penyakit ketagihan dadah. Caranya madu dicampurkan dengan minyak/air bunga mawar yang panas, lalu diminum.
  5. Dapat melawaskan pembuangan air besar.
  6. Boleh mencerahkan mata. Caranya: Lumurkan ke bahagian kening/alis mata.
  7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
  8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
  9. Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yang melekat di bahagian paru-paru.
  10. Mencerdaskan otak kanak-kanak.
  11. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
  12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, caranya: Ambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacaukan lalu diminum.

AMARAN:
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina) bersama-sama dengan madu lebah kerana boleh membawa maut. (ha, makan madu lebah pon ada pantang larangnya taw ! jadi ikutila cara pemakanan yang betul) . Artikel dari blog nuursyifa . TQ

Bila Malam Menjelma  

Posted by Mohd Norsham

Kul 8.06 (jam HP aku)…

Hp aku berbunyi dengan merdunya (ringtone message)

+1 message receive

++read message

+++dah siap ka?

++++sender “Hadi eon”


Alamak!! aku tak siap lagi!! Bergegas la aku siap, tanggal kain + baju, sarung boxer + pakai seluar + pakai baju. Amik wallet + gelang tangan + Hp +kunci. nak pg mana nie. aku nak pg pasar malam la ngan Hadi & Ria. Trus aku trun naik kete. Sebelum gerak kitorang g amik Ria kat kolej dia. Dasar pompuan, mmg la lembab bersiap! Bila dia trun je, kitorang trus gerak ke tanah merah.

Besar gak la pasar kat tanah merah tue, 1st time aku pg, orang yang datang tak payah story la, sesak beb! Pusing2 sambil cari makanan. Mula2 tu tak mau beli ape2, tapi aku tibai gak beli putu mayam RM 2, Peneram RM 2. yang paling best aku beli "madu lebah rimba" RM 20 sebotol (ni pun hutang kat Ria). Hadi ngan Ria beli gak makanan bukan aku sorang je ok!

Puas pusing2, kitorang plan makan kat tepi secret recipe, ade gerai char kue teaw. Aku order sup daging je, diet katanya! Haha, diet menatang ape, lantak semacam je! Kitorang lepak lama gak la kat gerai tue sambil “gossip2”, sampai kul 10.45 mlm gak la. Pastu baru gerak balik kolej.

<----------------Ni la dia Hadi a.k.a Pak Kod!
Ria a.k.a minah kecoh (opss!!) ------------------------->





**ha, tengok la. Lain yang aku rancang nak buat, lain yang jadinya. Sebagai manusia ni, kita mampu merancang tetapi ALLAH yang menetukan segalanya. Ketentuan tetap ketentuan!



Cinta dan Harapan  

Posted by Mohd Norsham in , , ,

Petang ni aku nak kongsi ngan korang tentang lirik lagu yang bertajuk "Cinta dan Harapan",nyanyi kumpulan nasyid Firdaus. Sebut pasal cinta dan harapan ni, aku nak tanya korang la kan, korang pernah bercinta? Pernah ada harapan dalam percintaan korang tue? Mesti pernah kan. Sama ada harapan tu dikecapi dengan bahagia atau pon harapan tu, tinggal harapan je. Ape2 pon mari kita hayati bait-bait lagu ini. (Actually ade kena mengena ngan hidup aku)

Cinta & Harapan - by fridaus

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh

Kan bersinar untuk hari esok


Benarlah apa yang telah dikata

Penantian itu satu penyiksaan

Kepastian membunuh kerisauan

Ketabahan mendamai keresahan


Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua

Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa

Dengan iman dapat kita membendungnya


Hanya kudrat Tuhan

Yang bisa menyatukan

Dan bisa meleraikan

Cinta sesama insan


Rahmat kasih sayang

Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan

Kasih di alam cinta bahagia


**Nak kongsi skit lagi perkara menarik tentang anggota kumpulan "Firdaus" ni. Bleh tak? Bleh la ye. Yang Ismandi Wasli tu (ops,En ismandi la), dia ni lect aku (ajar HRM).Yang Fairuz tu plak (ops, En Fairuz) , dia ni felo kolej aku (sempoi), time susah mesti cari dia punya. Yang Tarmidi (En Midi) ni plak, petang2 selalu main bola tampar ngan geng2 aku. Neway, diorang semua ni peramah + best + baik (bukan bodek ok). Ok my Bro (Firdaus) u all memang rowk la. Keep it up a good work 4 ur next album (maybe aku jadi penyanyi jemputan kot! hahaha).

Its Just a "THREE" thing  

Posted by Mohd Norsham

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

♠ Shamz (panggilan biasa)
♠ Abg Sam (budak2 jr kolej aku panggil)
♠ Abg Bob (budak2 yang termotivasi atau dimotivasi oleh aku)

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
♠ 19 Oktober (its my bufday)
♠ 1 Muharam (semua orang taw nape pentingnya tarikh ni kan)
♠ 31 Ogos (our malaysia independence day)

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:
♠ chating (wif buddy from thailand)
♠ minum milo (salyhin punya)
♠ surfing internet (sensasi selebriti at budiey.com)

THREE WAYS TO BE HAPPY:
♠ jumpa & duduk ngan family ( esp my mom & my dad)
♠ travellng (thailand dah pegi, singapore dah pegi, bila nak g Indonesia & brunei ek)
♠ watch muvee, listen 2 radio (make me happey)

THREE THINGS YOU LOVE IN A GUY/GIRL:
♠ honest + gud attitude (really luv that gurl)
♠ independence ( tak suka bergantungan)
♠ chantik tertarik dia memang da boom (kecantikan cipataan Tuhan)

THREE PERSONS YOU MISS:
♠ My family (mom, dad, lil sis & lil bro)
♠ My honey bunny (muahhxx)
♠ My one & only grandma (sayang atok)

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
♠ jam tangan (aku takde ham skang ni)
♠ shoes (nak jenama nike colour putih hitam)
♠ cash ( maybe 1,000,000, can?)

THREE OF YOUR FAVOURITE HOBBIES:
♠ Travelling (jalan2 cari aweks, eh silap)
♠ Bowling (strike & strike again!)
♠ Shopping (yuhuuu, klu ade duit la la)

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR NEXT VACATION:
♠ Pulau kapas (nak blaja scuba diving la)
♠ Phuket, Thailand (nak pegi bulan 8 nie)
♠ Sumatera Utara, Indonesia (ikut delegasi bulan 8 gak)

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:
♠ Detective conan (budak tu pandai main psiko, mcm aku gak la)
♠ doremon (macam2 ada)
♠ Pikachu (renjatan letriknya bleh bawak maut wooo)

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
♠ C-Mart (canglon kedah, sbb duk kat UUM)
♠ Sunway Piramid (comfirm setiap hujung minggu aku pasti kat sana)
♠ Ampang park (tempat kumpul kawan2 & gossip pasal ***********)

THREE OF YOUR FAVORITE FASTFOOD/CAFE:
♠ KFC (sehingga menjilat jari)
♠ McD (double cheese burger,its my fevret)
♠ Pizza Hut (Paparoni kaparteza cheese pizza)

THREE FAVORITE DRINKS:
♠ Milo ais (minum milo anda jadi sihat dan kuat!)
♠ Apple susu (sedap beb)
♠ cappucino ( esp make in gloria jeans)

THREE THINGS FOUND IN YOUR PURSE:
♠ IC (malaysian ok)
♠ License ( kete je, lesen motor tarak lagi)
♠ ATM card ( CIMB, BIMB, MAYBANK, BSN)

**ada banyak lagi sebenornye, malas plak nak tulis + edit banyak2 ni. letih beb!. cukup la sekadar yang termampu ok. hehe. korang plak mcm ne? cuba la try senaraikan 3 perkara ikut seperti aku buat nie. sure u can realiza more about ur self! believed it!